Mahathir ambil alih peranan Superman DAP Hew Kuan Yau – biar Melayu ‘Skrew’ Melayu.

Hebahkan !!!

 

“If Malays have friends like Mahathir, they don’t need enemy”

Pada sekitar tahun 2016 , Ketua Menteri Sarawak , Tan Seri Adenan Satem telah mengharamkan penceramah semenanjung DAP masuk ke Sarawak.

Antara sebab nya , penceramah DAP didakwa oleh Allahyarham Adenan membawa impak negative kepada rakyat Sarawak.

Cara penceramah DAP sangat kasar , tidak sensitif kepada keadaan setempat , dan paling utama Arwah Adenan tidak mahu budaya berkempen di semenanjung mempengaruhi rakyat Sarawak.

Paling ketara , orang seperti Hew Kuan Yau dari DAP telah secara terang terangan bermain politik merbahaya digarisan perkauman.

Dalam satu sesi ceramahnya Superman Hew telah mengarah orang2 setempat mengundi calon DAP yang berbangsa Melayu bernama Aziz Isa supaya Aziz boleh ‘skrew’ orang Melayu jika menang.

 

Sebenarnya , mempromosi calon tidak salah , namun cara ia dilaksanakan itu mestilah ada sedikit peraturan  dan batasan.

Pada ceramah Hew , beliau telah menghasut semua penggundi memberi undi kepada calon boneka DAP Aziz Isa supaya “Aziz boleh skrew orang melayu”.

Maka banyak lah Reaksi marah bila penceramah DAP dan PH dilarang masuk Sarawak.

Namun, tiada siapa boleh menjawap jika ada penceramah Melayu atau bangsa lain yang cakap biar orang Cina kena ‘skrew’ pula.

Pasti muncul peguam atau pakar undang2 membuat tafsiran lain jika yang kena pihak mereka.

Semalam , Mahathir telah mengistiyar bahawa Gerakan Tanah Air mensasarkan UMNO.

Seperti negara Israel pergunakan Amerika untuk melawan musuhnya, begitu juga Mahathir.

Akibat Parti PEJUANG ditolak oleh rakyat, maka Mahathir mahu pergunakan parti2 picisan dan NGO2 yang tiada ternama untuk menjadi talibarut membantu Mahathir hancurkan parti Melayu induk.

Dalam ertikata lain , membantu Mahathir dalam usaha “Melayu skrew Melayu’.

Tidak pasti sama ada Mahathir ketua Gerakan ini atau alat pihak lain.

Hakikatnya itu lah yang Mahathir sedang laksanakan.

Mahatir pernah cuba mengharamkan UMNO dan pernah menyuruh Presiden UMNO mad Zahid Hamidi membubarkan UMNO, namun gagal.

Maka jelas , peranan Mahathir dibantu oleh Ibrahim Ali , secara tidak lansung mengambil alih , kerja kerja Superman Hew dari DAP untuk menggesa orang Melayu berlawan dengan parti Melayu yang miliki 3 juta lebih keahlian.

Orang Melayu tidak akan dapat apa apa feadah sama seperi Mahathir menjadi Perdana Menteri 22 tahun dan kemudian 22 bulan.

Jika orang Melayu sedikit bijak , tentu mereka akan menilai apa manfaat yang mereka dapat jika menyokong Mahathir selama 22 tahun 22 bulan.

Selama ini pun mereka hanya akan dapat mendengar kisah skandal, ulangan cerita rasuah, cerita 1MDB sambil tiada faedah ‘monetary’ dan ‘material’ kerana ini semua di sapu oleh kroni Mahathir sahaja.

Itu lah silap mata Mahathir.

Kini, secara tidak lansung , DAP boleh tidur lena kerana tiada siapa yang akan memecahbelahkan undi orang Cina kerana orang bernama Mahathir sedang sibuk memecahbelah kan undi orang Melayu.

Hew Kuan Yau boleh pencen , kerana Mahathir dan Ibrahim Ali sudah ambil alih tugas kamu.

 

 

Leave a Reply