KPDNHEP gagalkan sindiket seleweng diesel, 12,000 liter diesel dirampas

Hebahkan !!!

KRUBONG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel dengan merampas kira-kira 12,000 liter bahan bakar itu dalam serbuan di sebuah stor simpanan haram di Kawasan Perindustrian Krubong, petang semalam.

Pengarah KPDNHEP negeri, Norena Jaafar berkata rampasan pada jam 2 petang itu melibatkan nilai RM186,000.

Beliau berkata, KPDNHEP turut menahan lima suspek termasuk dua warga asing berusia 20 hingga 40 tahun dan membuat rampasan sebuah lori tangki lima tan, 22 tangki tambahan dan paip penyambung.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan di kawasan stor terbabit, pihaknya percaya sindiket berkenaan telah menjalankan aktiviti haram itu sejak enam bulan lalu.

“Hasil serbuan pada jam 5 petang, kita berjaya menangkap lima orang dań ketika ini kami dlm proses dapatkan reman untuk kita jalankan siasatan selanjutnya,” katanya.

Bercakap di Krubong hari ini, Norena berkata, pihaknya telah menjalankan risikan di stor terbabit sejak dua minggu lalu.

© Astro Awani

Leave a Reply