Korea Selatan lancar pengorbit bulan sulung mereka hari ini

Hebahkan !!!

SEOUL – Korea Selatan melancarkan pengorbit bulan pertamanya hari ini sebagai menggandakan program angkasa lepasnya, dengan menyasarkan untuk melakukan pendaratan pertama di bulan menjelang 2030.

Kementerian Sains Korea Selatan berkata, Korea Pathfinder Lunar Orbiter itu digelar Danuri, bermakna ‘nikmati Bulan’.

Katanya, ia dilancar menggunakan pada roket Falcon 9 SpaceX dari Stesen Angkatan Angkasa Amerika Syarikat (AS) Cape Canaveral Florida pada 8:08 pagi pada hari ini dan jam 11.08 malam tadi (waktu Korea Selatan).

“Pelancaran sebenarnya pada Rabu lalu tetapi ditangguhkan kerana isu penyelenggaraan yang tidak didedahkan dengan roket SpaceX.

“Bagaimanapun, Danuri berhasil menyelesaikan semua persiapan dalam masa kira-kira sebulan dan kini dipasang pada kenderaan pelancaran,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sekiranya ia berjaya, Korea Selatan akan menjadi negara ketujuh di dunia yang menerokai bulan dan keempat di Asia, selepas China, Jepun dan India.

Pelancarannya seiring usaha Korea Selatan mempercepatkan program angkasa lepas, dengan sasaran pendaratan pertama di bulan menjelang 2030 selain bersama sembilan negara yang mengusahakan projek Artemis bertujuan untuk kembali ke bulan menjelang 2024.

Bulan lalu, Korea Selatan berjaya melancarkan ujian kedua roket Nuri yang dikeluarkan negara itu dan melaporkan kejayaan pertama pelancaran roket pelancaran angkasa lepas bahan api pepejal pada Mac lalu sebagai sebahagian usaha untuk melancarkan satelit pengintip.

Kata kementerian itu lagi, Danuri yang seberat 678 kilogram (kg) akan dipisahkan daripada pemacu kira-kira 40 minit selepas pelancaran dan ia sepatutnya mula berkomunikasi dengan stesen di bumi dalam masa 60 minit.

Katanya, ia akan memasuki orbit bulan pada Disember ini sebelum memulakan misi pemerhatian selama setahun, termasuk mencari tapak pendaratan dan menguji teknologi internet angkasa.

Pelancaran angkasa lepas sekian lama menjadi isu sensitif di semenanjung Korea, di mana Korea Utara menghadapi sekatan antarabangsa berhubung program peluru berpandu balistik bersenjata nuklearnya.

Pada Mac lalu, Korea Utara menggesa untuk memperluaskan tapak pelancaran roket angkasa untuk memajukan cita-cita angkasa lepas, selepas Korea Selatan dan AS menuduhnya menguji peluru berpandu balistik antara benua baharu dengan berselindung untuk melancarkan kenderaan angkasa.

Korea Selatan berkata, program angkasa lepasnya adalah untuk tujuan aman dan saintifik serta menegaskan sebarang penggunaan teknologi ketenteraan, seperti dalam satelit pengintip, adalah untuk pertahanannya.

Leave a Reply