GTA Bukan untuk kepentingan MELAYU, untuk kepentingan peribadi Mahathir sahaja.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddn Ahmad

Mahathir sentiasa ada agenda, namun agenda Mahathir sentiasa bekaitan kepentingan peribadi , tiada sedikit pun berkaitan rakyat , Islam atau orang Melayu.

Mahathir melaung serigala  datang terlalu kerap, maka apabila serigala betul2 muncul, orang kampang sudah tidak percaya lagi.

Parti PEJUANG hilang deposit tidak laku, maka GATAI jadi PEJUANG Extended.

Jika dilihat pada mereka2 yang berjaya di muat masuk kan kedalam Gabungan Tanah Air (GTA) hampir semua mereka adalah “nobody’ atau yang kerjaya politik sudah penghujung dan beberapa NGO yang lebih baik sertai GTA dari tidak buat apa apa.

Boleh dikatakan kumpulan yang bersama Mahathir ini ditangkap muat disumbat untuk “press conference’ sahaja.

Tiada yang setara Mahathir dan sekadar kumpulan bertaraf ‘balaci’ sahaja dalam Gabungan tanah Air.

Sebab2 kegagalan Mahathir untuk dapat pihak atau parti politik yang ada pengaruh dan penyokong mudah sahaja, tiada siapa pun mahu berada dibawah Mahathir kerana dia sentiasa mahu berada diatas selain tidak boleh dipercayai.

Ketika Bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia , kerja2 ‘groundwork’ untuk menubuhkan PPBM dibuat oleh Muhyiddin Yassin dan pihak2 nya sahaja.

Namun dikatakan, apabila sudah siap , orang seperti Mukhriz ‘hijack’ untuk menyelit dan kemudian membawa kawan kawan nya untuk mengisi jawatan jawatan dibahagian2.

Maka , pada penububan GTA pun nampaknya laluan untuk Mukhriz sudah pun siap.

Mukhriz yang dikenali memang tidak pandai buat kerja dan tidak menonjol dalam apa apa pun slain menghabiskan masa bersama keluarga, akan sentiasa dipapah naik oleh bapa nya untuk naik.

Pada , penubuhan GTA ini, jelas ternampak bahawa ia untuk melayan kepentingan Mahathir dan bukan untuk kepentingan rakyat.

Jika Mahathir gagal membela orang Melayu ketika menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun dan PM kali kedua selama 22 bulan , apa pula yang membuat orang fikir Mahathir akan berjaya kali ini?

Jawapan sudah pun ada bagi orang seperti Mahathir apabila dia tidak mahu melaksanakan janji nanti.

Sama seperti manifesto Pakatan Harapan, yang perlu diberi adalah alasan , dan alasan pula mesti salahkan pihak lain. Mahathir terlalu ‘predictable’.

Pada 22 bulan menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan , Mahathir tidak pun mengurangkan hutang negara , bahkan menambah hutang baru.

Hutang 1MDB juga tidak berkurangan walaupun pulangan selepas Najib Razak Undur mencecah RM32 bilion.

Tapi, kerana kebijaksanaan Mahathir bermain isu alihan, maka rakyat tidak sedar mereka ditipu.

Kali ini, “fall guy” untuk alasan Mahathir membentuk GTA adalah untuk menghalang kemaraan UMNO.

UMNO dijadikan sasaran dan alasan, dan bukan kerana Mahathir hendak membantu rakyat atau orang Melayu.

Mahathir dipercayai akan memperhebat kerja memburuk kan UMNO supaya tumpuan adalah kepada UMNO dan bukan dirinya yang rakus dan penting diri.

Parti2 besar dan ternama enggan bersama Mahathir kerana sudah serik ditipu.

Tambah lagi sampai bila Mahathir sahaja yang hendak menjadi ketua?

Seorang penganalisis politik berkata bahawa GTA akan ujud sekadar jangka masa Mahathir ujud sahaja.

 

Walaupun pendapat ini mungkin betul, namun itu juga kehendak Mahathir ia itu, GTA melayan kehendak nya sahaja.

Ada pendapat dari sumber lain pula, GTA di tubuhkan kerana ketakutan Mahathir jika UMNO mendapat kemenangan banyak kerusi dan mempengaruhi kerajaan selepas PRU15.

Ini kerana Mahathir sedar banyak perkara boleh dijadikan kes terhadap nya oleh UMNO.

Mahathir percaya kepimpinan UMNO akan didesak oleh ahli akar umbi supaya mendakwanya pada banyak kes salah laku, salah guna kuasa dan menyeleweng.

Sehingga kini, semua ini belum terbongkar lagi kerana orang2 dibawah pengaruh Mahathir masih ramai ada didalam kerajaan untuk menghalang didakwa atau disiasat . sebagai contoh , kes Zeti Akhtar dan Nazlan yang jika didakwa bakal terkait Mahathir.

Apa yang Mahathir sangat takut adalah kepercayaan ramai pihak yang menyanjungnya akan kecewa dan terkejut jika nanti didedah perbuatannya mengunakan pihak lain.

Maka, itu antara pendapat kenapa Mahathir sangat takut kepada UMNO dan bukan kepada lain2 parti.

Maka, Mahathir perlu buat ramai pihak takut dan benci kepada UMNO juga , hatta terebentuk lah GTA untuk menunaikan Hasrat ‘peribadi’ Mahathir.

Sama ada Mahathir akan sukes atau tidak itu perkara lain

Leave a Reply