Setiap kali PRU, Mahathir cari Melayu

Hebahkan !!!

Oleh: Sirajuddin Ahmad

Mungkin kisah Mat Kilau menjadi inspirasi Mahathir.

Berita tersebar semalam berkaitan Tun Mahathir akan tubuhkan sebuah gagasan baru terdiri dari parti parti Melayu Islam dan dibantu oleh NGO NGO  Melayu Islam.

Gagasan ini dikatakan akan berteras kan Melayu Islam sebagai Wadah perjuangan nya.

Bunyinya elok, bau nya semerbak.

Namun, jika ia datang dari Mahathir, orang Melayu perlu berhati hati dan berwaspada.

Buat masa ini orang Melayu tidak perlukan Mahathir, tetapi Mahathir yang perlukan orang Melayu.

Orang Melayu tahu siapa itu Mahathir dan parti PEJUANG nya dan mereka beri telur ayam kepada Mahathir pada PRN Johor.

Parti Mahathir tanding 42 kerusi tewas dengan hilang wang deposit pada kesemua 42 kerusi.

Itu petanda orang Melayu sudah kenal siapa Mahathir, parti PEJUANG parti baru ditubuhkan tapi siapa itu Mahathir orang Melayu sudah kenal.

Jika Mahathir gagal melaksanakan agenda Melayu Islam selama 22 tahun menjadi Presiden UMNO , apakah Mahathir akan sangka agenda Melayu Islam nya kali ini dengan berteras parti hilang deposit akan sukses pula?

Pada 22 tahun menjadi Presiden UMNO akhirnya Mahathir buat alasan dia gagal bantu Melayu sebab Melayu malas dan tidak mahu membantu diri sendiri.

Dalam mohon maaf pun masih hendak kenakan Melayu.

Tapi dalam waktu sama Mahathir memperkayakan sahabat dan kawannya dalam perniagaan.

Hampir semua yang kaya raya terdiri dari “Non-Malay” yang Mahathir bantu.

Malah ada yang dibantu berkali kali seperti pengakuan Mahathir dalam tulisan nya sendiri membantu mendiang Lim Kok Wing. (“I help him a lot”, kata Mahathir dalam blognya).

Mahathir mengaku membantu Mendiang Lim Kok Wing banyak kali ketika menyindir kroninya itu yang mula condong menyokong Datuk Seri Najib Razak.

Itu lah Mahathir.

Pada satu kenyataan beberapa bulan dulu Mahathir ada menyebut , jika PEJUANG diberi peluang , maka PEJUANG akan pasti menaik kan taraf ekonomi bumiputera setaraf orang bukan melayu.

Sangat memualkan bahkan hampir hendak termuntah apabila kita mendengar nya.

Mahathir sentiasa fikir orang Melayu sebodoh tidak kenal mana satu anjing dan mana satu kucing untuk dipeluk dan ditidur dalam rumah.

Ketika diberi peluang kedua untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan pun Mahathir masih cuba menipu orang Melayu lagi.

Sudah lah tidak membantu, Mahathir menyindir Melayu Malas dan suka meminta minta.

Mahathir hina 3 juta orang Melayu dengan menghina parti mereka UMNO.

Mahathir tidak usik parti bukan Melayu seperti DAP , malah membiarkan DAP bermaharajalela.

Dalam pentadbiran 22 bulan Mahathir , Melayu rasa tidak selamat bahan anggota Polis berpangkat pun berani diugut oleh ahli Politik bukan Melayu.

Seramai hampir 40,000 kakitangan awam Melayu diberhenti kerja dibawah batang hidung Mahathir.

Orang Melayu ada yang keluar rumah dari Subuh dan pulang selepas Maghrib pun Mahathir kata Melayu Malas.

Mungkin Mahathir sangka semua orang Melayu semacam yang ada didepan matanya suka lepak dengan anjing dan tunggu projek datang sambil melayan kuda bila ada kelapangan.

Kini, PRU semakin hampir dan Mahathir sedang ‘desperado’.

Orang bukan Melayu masih tidak lupa mereka di tipu oleh Mahathir , maka Mahathir mencari orang Melayu untuk ‘survival’ politiknya.

Memang Mahathir cari melayu setiap kali hendak bantuan.

Tapi apabila berkuasa nanti Mahathir akan cari alasan untuk tidak dapat membantu Melayu.

Mungkin “saya hendak bantu , tapi Melayu yang malas’ akan digunakan sekali lagi.

 

Ada benar juga tulisan Barry Wain dalam buku “Malaysian Maverick” nya, Mahathir anti Melayu tetapi tidak ditunjuk secara terus terang.

Sifat ini tertanam ketika kanak kanak lagi ketika bermain dengan budak2 Melayu ketika mereka mengejek ejeknya lalu dendam terbawa sehinga hari ini.

Kini, PRU15 sudah menjelma semula , maka Mahathir sangat desperado hendak sokongan dan undi 0rang Melayu.

Mahathir tesepit apabila terhalang hasrat membeli jiwa Ahli Parlimen yang menang apabila tersekat dengan RUU anti lompat parti.

Itu niat asal Mahathir selesai PRU15.

Maka ‘racist card’ lah yang akan digunakan untuk mendapat sokongan orang Melayu.

Persoalannya, masih adakah Melayu yang bodoh terpedaya mahu membeli lagi bila Mahathir jual autanya lagi?

Leave a Reply