Ribuan pengunjung mula serbu MAHA 2022 yang bermula hari ini

Hebahkan !!!

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula hari ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, diserbu ribuan pengunjung selepas dibuka sejak pukul 10 pagi.

Meskipun mengalami kesesakan di pintu masuk ke taman ekspo berkenaan ekoran jumlah kenderaan yang banyak, namun masalah yang berlaku dapat diatasi dengan kawalan pasukan keselamatan.

Menurut laporan Malaysia Gazette mendapati, rata-rata pengunjung yang hadir melahirakan rasa teruja untuk datang dan melihat sendiri pameran di sini selepas penganjuran ekspo itu yang sepatutnya diadakan dua tahun lalu tidak dapat dilkjukan ekoran pandemik Covid-19.

Malah, ada dalam kalangan pengunjung yang kagum melihat kelainan pada pameran kali ini dan menganggap ia lebih besar berbanding pameran yang pernah diadakan di lokasi samaa sebelum ini.

Seorang pengunjung Rohayah Saad, 55, berkata, dia berasa sangat teruja untuk datang ke pameran itu bersama dengan rakan-rakannya dari Kuala Kurau, Perak.

Katanya, dia bersama rakan-rakannya menaiki bas yang disewa dan bertolak pukul 10 malam tadi serta menginap di sebuah hotel berhampiran MAEPS.

“Sepanjang perjalanan malam tadi kami berbual-bual dan merancang pergerakan hari ini dengan masing-masing sudah ada matlamat untuk mencari barang yang hendak dibeli.

“Saya ini lebih berminat dengan pokok-pokok. Tentu sekali saya datang kes ini nak cari benih-benih pokok untuk tananam di kebun,” katanya yang merupakan seorang petani.

Rakannya, Zaitun Mat, 55, pula berkata, dia menjadi rambang mata setelah melihat terlalu banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barangan.

Ujarnya, dia merasa berbaloi datang ke Maeps kerana banyak benda boleh didapati di sini.

“Saya rasa seronok betul sebab banyak barang boleh saya boleh beli untuk di bawa balik ke kampung.

“Saya rasa tak rugi langsung datang dari jauh sebab semua benda yang disenaraikan untuk dicari ada di sini,” tambahnya.

Bagi K. Rajaisvaree, 51, pula, dia berasa sangat gembira kerana dapat merasai sendiri pengalaman datang ke satu pameran terbesar yang memiliki segala-galanya.

Katanya, dia tidak pernah datang ke pameran seperti itu
kerana tidak terdetik dihatinya untuk pergi ke tempat-tempat yang dikunjungi ramai orang.

“Saya tak sangka rupa-rupanya ekspo ini bagus sekali sebab banyak benda yang tak pernah dilihat boleh disaksikan di sini.

“Lepas ini saya pasti akan datang lagi bawa anak-anak dan kawan-kawan. Rugi rasanya kalau tak beritahu pada mereka,” katanya yang sudah berada di situ selama tiga jam sejak pameran dibuka pukul 10 pagi tadi.

Sementara itu, seorang pesara, Amirrudin Said, 70, memberitahu, dia diajak rakannya untuk datang ke pemeran tersebut selepas selesai urusan di Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya, pagi tadi.

Beliau berkata, pada mulanya dia enggan untuk datang kerana tidak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai.

Bagaimanapun tanggapannya itu kata beliau tersilap kerana tidak berlaku kesesakaan di antara pengunjung tempat pameran kecuali sedikit kesesakan membabitkan kenderaan di susur masuk ke pusat ekspo tersebut.

“Tempat ini sememangnya besar, luas dan selesa untuk dikunjungi…jadi tidak ada masalah bagi mereka yang ada anak kecil untuk datang ke sini.

“Lagipun ada kemudahan pengangkutan disediakan dan pengunjung tidak perlu berpenat untuk berjalan sebalinya boleh menaiki kenderaan yang disediakan,” katanya.

MAHA 2022 kembali menemui orang ramai bermula hari inio hingga 14 Ogos dengan bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan.

Ia memberikan fokus kepada Agro Trade iaitu membabitkan aktiviti perniagaan dan padanan perniagaan.

Pada masa sama MAHA 2022 turut mempromosi produk tempatan dan antarabangsa serta Agro Edutainment sebagai promosi selain memberi kesedaran mengenai kepentingan sektor agromakanan dalam menjamin sumber bekalan makanan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual merasmikan pameran itu pada 6 Ogos ini.

© Malaysia Gazette

Leave a Reply