Orang Melayu tidak perlukan Mahathir lagi, Mahathir yang perlukan orang Melayu.

Hebahkan !!!

 

Oleh: Sirajuddin Ahmad

Apakah umpama Mahathir cuba pancing undi dan sokongan orang Melayu dengan menubuhkan gagasan baru berteras agenda Melayu Islam?

Umpama nya seperti ayam jantan yang panjat reban pagi pagi dan berkokok dikala matahari terbit.

Itu lah umpama nya.

Ayam jantan itu selepas berkokok dia akan bangga diri dan jalan penuh riak dan takabur keliling kampung.

Dia sangka matahari terbit kerana dia berkokok.

Satu hari dia terlambat bangun dan segera lompat atas reban hendak berkokok tiba2 dia sedar matahari sudah pun terbit dan panas menyinar.

Barulah dia sedar , selama ini tanpa dia bekokok pun matahari terbit juga.

Malah lebih buruk lagi dia baru sedar punggung di gelumang taik.

Maka , itu lah umpama terbaik dengan apa yang sedang Mahathir lakukan hari ini dengan gagasan yang dia cuba bentuk untuk PRU15.

Mahathir masih dengan naratif lapuk sangkakan orang Melayu perlukan perjuangan nya.

Cuma beza kali ini Mahathir tiada kuasa penuh dalam kerajaan dan media awam untuk ‘trigger’ insiden berbau perkauman supaya Melayu ‘rally’ belakangnya.

Dulu kala tiap kali Mahathir mahukan sokongan Melayu maka DAP akan menjadi ‘default’ untuk Mahathir kumpul orang Melayu menyokong nya.

Kemudian Mahathir gunakan “Anwar liwat” untuk hal yang sama .

Jika Presiden Geoge W Bush ugut dunia ketika WTC dibomb dengan kenyataan ‘either you are with us or you are with them (teroris) ” , Mahathir pun begitu juga, sama ada melayu menyokong dia atau menyokong ‘peliwat’.

Kemudian Mahathir  bertukar , Melayu dan rakyat menyokong dia atau menyokong “pencuri 1mdb”.

Mahathir perlukan seorang ‘fall guy’ untuk naikkan dirinya dan bukan atas sebab dia ada kebaikan sendiri.

Kali in pada PRU15 , akibat RUU lompat parti telah ujud , maka Mahathir agak tersepit.

Orang2 Cina sudah tidak percayakan Mahathir.

Sambil itu Melayu sudah menyisihkan Mahathir kerana suka menghina dan perlekehkan orang Melayu ia diterjemahkan dengan kekalahan majoriti teruk di Tanjung Piai dan kemudian kehilangan deposit pada 42 kawasan yang parti PEJUANG bertanding.

Desperate times requires desperate measures , kata pepatah Inggeris.

Maka , kedudukan desperado memerlukan Tindakan desperado juga, Mahathir bermain lagu perkauman- “Race cards”.

Seperti yang disebut oleh macai terbarunya Datuk Ibrahim Ali, orang Melayu sedang terancam dan perlu bersatu padu menyelamatkan diri.

Mahathir pergunakan Ibrahim Ali pula kali ini.

Ibrahim Ali bersungguh sungguh menyatakan Melayu terancam dan kedudukan mereka didalam bahaya.

Mungkin ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan 22 bulan Ibrahim Ali tidur dirumah.

Mahathir menyatakan dia tidak sempat melaksanakan agenda Melayu kerana kerajaan nya sudah tumbang.

Mahathir hanya sempat pergi ke Jepun berulang alik banyak kali, mencipta banyak kes 1MDB mencipta kes untuk Presiden UMNO bepuluh puluh, ubah terma ECRL , batal projek dengan 3 negaratermasuk HSR dan Salman Peace Center, lantik Peguam negara bukan melayu pertama dalam sejarah , menambah hutang baru , menjual banyak aset milik negara dan menjarah PETRONAS.

Itu sahaja yang sempat.

Maka dengan rekod buruk Mahathir, Melayu tidak perlukan Mahathir.

Simpan lah sebarang niat untuk membantu Melayu.

Orang Melayu lebih selesa dengan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam Sembilan tahun pemerintahan DSNR lebih banyak rekod pencapaian dan kebaikan dilaksanakan oleh DSNR.

Rekod dan laporan serta statistic menunjukan peningkatan dalam banyak hal terutama ekonomi.

Pencapaian yang baik sehingga memalukan Mahathir dan sekutunya sehingga terpaksa mencipta kes rekaan terhadap Najib Razak.

Mahathir marah Najib mengambil hak kroni Mahathir (IPP) dan menjadikan hak rakyat, sedang Mahathir mengambil hak rakyat menjadi hak kroni seperti MAS dan hutang syarikat kroni seperti PERWAJA

Najib memberi rakyat wang milik kerajaan seperi BRIM. Sedangkan Mahathir menjadikan wang rakyat sebagai ‘bailout’ kepada kroni.

Kroni Mahathir, billionaire terpilih ,sedangkan kroni Najib adalah semua rakyat.

Maka atas sebab itu lah Mahathir semakin tidak releven kepada orang Melayu dan cuba releven kan dirinya dengan gagasan Melayu yang akan dibentuk oleh nya untuk memancing undi orang Melayu.

Leave a Reply