Enakmen Anti Lompat Parti negeri Pulau Pinang sah

Hebahkan !!!

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan Perlembagaan Undang-Undang Negeri Pulau Pinang yang menyatakan seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu meletak jawatan atau dipecat selepas lompat parti selepas menang pilihan raya, adalah sah.

Sehubungan itu, panel tujuh hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan agar kes saman empat ADUN negeri itu yang mencabar usul yang dikemukakan oleh speaker semasa mesyuarat DUN, Oktober 2020 untuk mengosongkan kerusi mereka diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Panel tujuh hakim memutuskan demikian selepas mendapati, hak individu untuk berpersatuan tidak terjejas namun tertakluk kepada undang-undang yang telah digubal oleh kerajaan negeri.

Sekitar tahun 2020, empat ADUN iaitu Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim, Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam), dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) memfailkan saman terhadap Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Speakernya berhubung enakmen Antilompat parti negeri itu.

Pada 12 April 2022, Pesuruhjaya Kehakiman Pulau Pinang, Azizan Md. Arshad membenarkan permohonan DUN Pulau Pinang dan Speakernya untuk merujuk persoalan kepada Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan mahkamah itu mendengar dan memutuskan isu perlembagaan berkenaan enakmen anti lompat negeri itu.

DUN Pulau Pinang dan Speaker mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan sama ada Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah kerana ia tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan berpersatuan.

Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau perlu meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.

Pembentangan usul supaya keempat-empat mereka mengosongkan kerusi telah ditangguhkan sementara menunggu selesai saman mereka.

© Utusan Online

Leave a Reply