Apa sudah jadi pada Kes Zeti dan Nazlan? Perap terus kah?

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Sekian lama sudah terperap dua kes berprofil tinggi yang penting yang boleh menggugat kes yang sedang dihadapioleh Datuk Seri Najib Razak.

Kedua dua kes membabitkan bekas Gabenor Bank Negara dan Hakim Nazlan yang terkait dengan 1MDB masih tidak kemana mana lagi dan statusnya masih tidak di ketahui, walaupun kertas siasatan lengkap sudah  berada dimeja Peguam Negara.

Kes keluarga Zeti Akhtar yang ada didapati memiliki sejumlah wang (RM715 juta) didalam akaun suaminya Tawfeq Ayman di Singapura telah di serah kepada Pejabat Peguam Negara seawall bulan January 2022 lagi.

Namun masih belum ada apa2 khabaran lagi kedudukan statusnya.

Manakala kes rasuah membabitkan Hakim yang menjatuh hukum terhadap Najib pula, Mohd Nazlan Ghazali pun begitu juga.

Kertas siasatan hakim Nazlan diserah kepada Pejabat AG pada bulan May tahun ini.

 

Namun kedua dua masih diperap dan tiada apa apa pengumuman dari pihak terkait.

Dalam masa sama Mahathir pula cuba mengalih perhatian rakyat dengan konon2 Tan Sri Appandi ada kaitan dengan Jho Low.

Cubaan Mahathir bermain persepsi dipercayai untuk memberi andaian ada sesuatu rundingan sulit antara keduanya.

Namun , Appandi menjalankan tugas mewakili kerajaan dan bukan seperti Zeti dan suami berurusan dengan Jho Low saehingga menggadai prinsip mendapat rasuah meluluskan Bon secara tergesa gesa seperti Mahathir menyerahkan Pulau Batu Puteh.

Sepatutnya Mahathir mendesak dibuka segera kes Zeti, namun dipercayai ada sesuatu yang Mahathir takuti lalu berdiam diri terhadap kedua dua kes Zeti dan NaZlan.

Di percayai seluruh gabungan Pakatan Harapan dan Mahathir sendiri akan robak jika terbukti Ketika siasatan terhadap Najib dilakakukan mereka sudah ketahui bahawa Zeti dan Nazlan terkait tetapi menutupi pengetahuan itu, maka satu kes menyembunyi jenayah berat boleh dikenakan kepada ramai individu dari gabungan PH termasuk Mahathir sendiri.

Hatta, kini terlkihat betapa kalam kabut dan gusarnya pihak2 PH dan Mahathir sangat takut kepada kebangkitan Najib dan Barisan Nasional pada PRU15.

Selain itu, banyak ketirisan pulangan wang  1MDB dan perbelanjaan Ketika darurat PKP tidak diketahui kemana dibelanjakan kerana tidak didebat diParlimen.

Apa pun, merujuk kepada topik diatas, rakyat semua ingin tahu apa kedudukan dua kes membabitkan orang Mahathir.

Kenapa belum diambil Tindakan mendakwa lagi?

Jika ada halangan atau masalah umumkan lah kepada rakyat.

Jangan pula kes babit orang UMNO laju sahaja, bila babit pihak PH dan Mahathir lambat bertindak pula.

Ini satu ketidakadilan dan berat sebelah malah memburukkan imej Mahathir sendiri kerana ramai kalangan rakyat mempercayai dan mendakwa dia dibelakang semua ini.

Leave a Reply