Najib Razak ada formula lebih baik atasi masalah harga ayam

Hebahkan !!!

Oleh: Khairul Misran

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak sebelum ini kerap beri saranan bahawa langkah mengawal harga barang makanan tanpa menyelesaikan masalah pokok iaitu peningkatan kos menternak akan membawa kepada kekurangan bekalan dan harga akan jadi tinggi.

Dalam satu hantaran di laman Facebooknya Najib Razak, beliau berkata sejak April sudah idea diberikan kepada kerajaan Keluarga Malaysia pada hari ini.

Najib menimbulkan persoalan iaitu siapa yang mahu menternak jika mereka dipaksa kerajaan untuk menanggung kerugian setiap kali menjual?

“Sebab itu saya telah berulang kali saran kerajaan menggunakan hasil cukai durian runtuh ke atas sawit untuk memberi subsidi kepada penternak ayam sejak April 2021

“Tapi kerajaan PN degil,” kata Najib.

Menurut beliau, sekiranya perkara itu dibuat sekarang, maka tidak akan ramai penternak ayam akan gulung tikar dan tutup operasi mereka dan masalah kekurangan bekalan ayam tidak akan berlaku.

“Takdelah harga ayam goreng dan makanan berasaskan ayam dan telur dinaikkan harga. Dan setelah dinaikkan, harga makanan di restoran akan sukar untuk turun semula,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Masalah kehilangan bahagian dalam pasaran ayam kepada penternak Thailand dan Indonesia juga tidak akan berlaku selepas kerajaan Malaysia menghentikan sekejap eksport ayam ke luar negara.

Najib berkata jika semua masalah berkenaan tidak berlaku, maka tidak akan berlaku juga himpunan Turun baru-baru ini di ibu negara yang menuntut kerajaan memenuhi lima tuntutan mereka.

Pada bulan Mei lepas, negara mengalami masalah kekurangan bekalan ayam sehingga ada peniaga bakal tutup kedai kerana tidak dapat menerima bekalan ayam untuk dijual.

Walaupun Najib sudah tidak jadi Perdana Menteri lagi sejak 2018, beliau tidak pernah lagi berhenti memberikan idea, teguran dan input kepada pentadbiran kerajaan bukan sahaja kerajaan campuran hari ini malah semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekali pun.

Masalah yang jadi, ialah kerajaan yang mentadbir tidak mahu mendengar dan mengambil nasihat dari beliau sehingga berlaku masalah. Kalau nasihat berkenaan diambil sekalipun, ia akan dibuat secara tiru-tiru dalam diam sahaja.

Kadang-kadang ada nama sahaja diubah tetapi isi kandungan idea tetap sama.

Leave a Reply