Muhyiddin cuba tiru Najib, itu pun tak menjadi

Hebahkan !!!

Oleh: Khairul Misran

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 Julai lepas buat satu kenyataan bahawa kerajaan perlu beri subsidi kepada kumpulan rakyat yang dalam kategori B40 kerana ia boleh mengurangkan kesan inflasi.

Kata-kata Muhyiddin tidak lama selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan supaya tidak selalu buat pengumuman mansuh subsidi terlalu kerap.

Ia kerana langkah berkenaan akan mendorong inflasi bertambah teruk kerana ia akan menakutkan pasaran, pelabur dan pengguna.

Najib berkata Menteri diminta supaya tidak menyebut dengan kerap untuk memansuhkan subsidi pukal kerana ia boleh membawa kepada inflasi yang lebih teruk.

Sebelum itu, pada bulan Jun Najib ada memberikan idea untuk kerajaan beri lebih bantuan kepada golongan B40 untuk meringankan beban mereka menampung kenaikan kos sara hidup.

Idea membantu golongan B40 ini sudah lama dicanang dan diaplikasikan oleh Barisan Nasional (BN) sejak dulu membantu rakyat dalam golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri dan sekarang Pengerusi MPN masih cuba meniru Najib dalam soal bantuan kepada rakyat.

Sudah berbulan-bulan beliau memegang jawatan sebagai pemimpin untuk satu pasukan yang mencari solusi memulihkan keadaan dalam negara, tapi idea Najib dan BN sejak azali jadi kerajaan yang digunakan oleh Muhyiddin.

Jadi mungkin benarlah cadangan ramai bahawa MPN perlu dibubarkan dan Muhyiddin perlu letak jawatan.

Muhyiddin cuba meniru Najib tapi sayang, peniruan itu pun tak menjadi.

Dengan keadaan negara kini seperti dilanda krisis wabak penyakit lain seperti Influenza dan Cacar Monyet pula, kerajaan wajar mencari jalan penyelesaian segera supaya segala masalah beban hidup dapat ditangani untuk kesejahteraan rakyat.

Leave a Reply