Pendakwaan terpilih bukti kejijikan kerajaan 22 bulan Mahathir.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Setiap hari ada sahaja keburukan kerajaan Mahathir terdedah.

Pendedahan terjadi Ketika UMNO dan Barisan Nasional belum berkuasa penuh.

Tidak dapat dibayangkan jika UMNO atau BN menguasai kerajaan dan menukar CEO 1MDB kepada orang UMNO dan MoF kepada ahli UMNO yang berjiwa UMNO.

Belum ini terjadi pun sudah banyak kejijikan kesan pemerintahan kerajaan 22 bulan Mahathir.

Selain menyerah Pulau Batu Puteh , memohon maaf kepada Kesultanan Sulu , menggadai banyak aset rakyat , menipu manifesto dan menambah hutang negara, kerajaan “jijik” Tun Mahathir membuat pendakwaan terpilih terhadap musuh politik.

Siasatan jenis apa yang ketika dilakukan hanya Nampak pihak tertentu tetapi tidak Nampak yang lain?

Kegagalan siasatan , kelemahan siasatan atau memang hendak lindung proMahathir?

Selain kejijikan terdapat pada pendakwaan terpilih Ahmad Zahid Hamidi, kecacatan juga terdapat pada pendakwaan terpilih terhadap Najib Razak.

Pada pendakwaan terhadap Sharil Samad dan Ahmad Maslan  , Mas Emiarti dan Datuk Mustapa tidak didakwa pula walaupun mendapat dana dari kolam yang sama.

Kedua badut yang tidak didakwa oleh kerajaan Tun Mahathir ini  lompat ke PPBM.

Adakah itu habuannya? Supaya tidak didakwa.

Kemudian , pada menyiasat kes rekaan terhadap DSNR , mustahil tidak Nampak “money trail” berkenaan wang keluar masuk ke Singapura kedalam akaun suami bekas Gabenor sebanyak RM700 juta.

Wang wang masuk ke akaun Nor Yakob juga tiada dapat dikesan oleh BNM? atau sekonggkol?

Jika wang RM43 juta masuk kedalam akaun DSNR oleh Nik Faisal dan Nazlan boleh dikesan , mustahil pula RM700 juta macam tunggul tidak boleh dikesan?

Bank Negara tidak befungsi atau sebab Bank negara di jaga oleh kroni?

Sesudah itu , kes didedahkan oleh CAD dan Polis Singapura sekian lama pun masih tiada Tindakan dari pihak berkuasa sehingga kini.

Negara dimalukan di seluruh dunia kerana nama bekas Gabenor dipetik oleh media dunia telah menerima rasuah dalam dua pembayaran disahkan oleh saksi Tim Leissner dalam mahkamah Amerika.

Gabenor itu ada lah zeti Akhtar Aziz , sehingga kini tiada respon dari Tun Mahathir dan Zeti sendiri seolah olah tiada sifat malu.

Ini lah antara kejijikan kerajaan 22 bulan Tun Mahathir.

Tun Mahathir dan PH begitu bersunggh sungguh mahu rakyat bual berkenaan Najib kerana mahu alih tumpuan kerana kejijikan Mahathir dan PH terlalu dasyat.

Maka , kenyataan banyak pihak bekenaan dakwaan terpilih oleh kerjaan PH Tun Mahathir tersangat benar dan usah dinafi nafikan lagi.

Rakyat sudah jemu dengan alasan alasan dan jawapan perbodohkan rakyat.

Jika hendak dakwa sila dakwa semua, jika tidak gugurkan sahaja lah kes rekaan yang sedia ada terhadap Najib Razak dan Zahid Hamidi kerana mahkamah besar akhirat sedang menungu kita semua.

Leave a Reply