Paul Pogba dijangka berehat panjang

Hebahkan !!!

LOS ANGELES, Amerika Syarikat – Pemain tengah Juventus Paul Pogba disahkan cedera di bahagian lutut dan akan berjumpa pakar untuk melihat sama ada memerlukan pembedahan.

Bekas pemain Manchester United itu cedera ketika sesi latihan jelajah pra-musim di Los Angeles.

Sekiranya terpaksa dibedah, Pogba perlu berehat antara 30 hingga 35 hari.

“Susulan rasa sakit di bahagian lutut kanan, Paul Pogba menjalani ujian radiologi dan didapati ada koyakan di bahagian tulang rawan lutut (meniskus lateral).

“Dia akan berjumpa pakar hari ini dan tidak akan mengambil bahagian dalam kunjungan ke Dallas,” kata Juventus.

Pogba bakal terlepas aksi menentang Barcelona dalam perlawanan persahabatan di Dallas hari ini.

Leave a Reply