Tidak desak skandal Zeti dan Nazlan dibuka – Mahathir ikon lawan rasuah “cap ayam”.

Hebahkan !!!

 

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Semua orang sudah tahu apa sebab Rafizi tidak menyerang Tun Mahathir dan Perdana Menteri  Ismail Sabri.

Datuk Ser Ismail Sabri adalah Perdana Menteri , sementara Mahathir mahu jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Maka , dalam percaturan politik , individu yang sepatut Rafizi serang adalah kedua individu diatas.

Namun , Rafizi memilih untuk menyerang Najib Razak.

Maka , rumusan dibuat adalah Rafizi sedang melaksanakan kerja Mahathir dan Tun Daim.

Kerana Tun Daim beberapa minggu lalu pernah membuat kenyataan pemimpin lama harus undur diri. (Old guard must make way)

Rentetan serangan Rafizi terhadap Najib tentang Sulu , maka Tun Mahathir pula tiba2 muncul menyahut isu yang dibawa oleh Rafizi dan boleh dikira memihak kepada Rafizi.

Nampak sangat sebagai dirancang.

Sama seperti isu Sapura Energy juga,.

 

Mungkin isu Sulu dari Rafizi adalah untuk membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim juga kerana , Anwar ada menyanyi lagu “Tanya sama Najib” atau  “Sabah nak hilang” beberapa minggu sebelum pengganas Sulu menceroboh Sabah.

Maka , atas sebab itu selepas Rafizi naik kan isu Sulu , Mahathir pula muncul.

Paling menarik dengan Mahathir adalah , dikala beliau sangat rimas dengan isu Pulau Batu Puteh dan skandal membabitkan kroninya bekas Gabenor Zeti Akhtar dan Hakim yang dilantik olehnya Nazlan Mohd Ghazali sedang hangat dibual oleh masyarakat.

Seluruh rakyat Malaysia sedang bertanya tentang kedudukan kes proksi dan kroninya yang sah menerima rasuah.

Sedang PRU15 semakin hampir , Mahathir tidak mahu ia menjadi sebab UMNO dan Barisan Nasional akan naik sebab rakyat melihat sebenarnya Mahathir dan PH serta Parti Bersatu yang sebenarnya banyak skandal tetapi salah guna kuasa (abuse power) tidak mendakwa mereka dan hanya mendakwa pemimpin UMNO sahaja.

Ini jelas satu kesalahan besar melindungi jenayah AMLA sekutu sendiri dan boleh dipenjarakan.

Maka , Mahathir pun pura pura memanaskan isu Sulu dan tumpu kepada Najib.

Rafizi lambung isu dulu kemudian Mahathir sambut .

Jika pada kes 1MDB yang Mahathir cipta , beliau menyuruh Najib jangan banyak cakap di MEDSOS dan tumpu dulu kepada kes 1MDB dan mahkamah.

Maka, elok juga Mahathir terima nasihat sama untuk dirinya.

Lakukan perkara yang sama , tumpu dulu dengan jawapan bekenaan penyerahan Pulau Batu Puteh dengan keputusan dibuat secara solo dan kemudian desak kes Zeti dan Nazlan dibuka segera.

Ini kerana Mahathir kononnya ikon lawan rasuah.

Mungkin Mahathir ikon lawan rasuah “cap ayam” yang mahu musuh politik  didakwa dan disiasat , tapi kroni dan proksi sendiri tidak disentuh dan diusik.

 

Leave a Reply