Protes turun harga barang tuntut lima perkara untuk kerajaan penuhi

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Hanya kira-kira 250 orang mahasiswa dan pemimpin muda dari parti politik datang dan menyertai himpunan membantah kenaikan harga barang yang diadakan petang tadi di depan kompleks beli-belah Sogo siang tadi.

Program petang tadi sama dan serupa sahaja seperti himpunan sebelum ini berkumpul dan bersorak-sorak mengkritik kerajaan supaya menurunkan harga barang.

Mereka kali ini mengemukakan lima tuntutan oleh Gerakan Mahasiswa terhadap kerajaan untuk menangani isu harga barang.

Wakil program, Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (KPUIAM) Aliff Naif Mohd Fizam, 24 tahun, berkata lima tuntutan berkenaan ialah memotong gaji Menteri dan Timbalan Menteri, mengawal harga barang, mengekalkan subsidi dan menyelesaikan isu jaminan makanan.

Himpunan bermula pada pukul 2 petang dengan ucapan-ucapan dari wakil belia dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abd Halim meminta kerajaan menurunkan harga barang dan memenuhi kelima-lima tuntutan mereka.

Turut berucap ialah Ahli Parlimen (PKR-Kapar) Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mengkritik kerajaan dengan mengatakan kerajaan tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

Usai sesi berucap, mereka semua cuba berjalan kaki untuk bergerak ke Dataran Merdeka tapi anggota polis yang berkawal pantas membuat barisan benteng untuk menghalang mereka.

Mereka cuba berbincang dengan pihak polis untuk membenarkan mereka berarak ke Dataran tetapi pihak polis tetap tidak membenarkan mereka bergerak menuju ke lokasi berkenaan.

Para peserta himpunan bersurai kira-kira satu jam selepas ia bermula. – MY NEWS ONLINE

Leave a Reply