Najib Razak kongsi gambar HSR Thailand, sedih negara jiran semakin maju

Hebahkan !!!

Hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya berkongsi beberapa siri gambar dari negara jiran Thailand yang menunjukkan perkembangan pembinaan projek landasar keretapi laju (HSR) negara itu.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pekan turut mengingatkan para netizen bahawa ia adalah gambar HSR di negara jiran dan bukan di Malaysia.

Cuba bandingan kadar pembangunan ekonomi negara Malaysia dengan negara jiran.

“Dahulu saya selalu buat perancangan ekonomi, buat awal-awal.

“Kita kena berada di depan.

“Nak bersaing dengan negara lain, kita tidak boleh ketinggalan dalam infrastruktur,” kata Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

Ketika mula jadi Perdana Menteri pada 2009, Najib sentiasa mengutamakan bahawa pembangunan infrastruktur akan menjana ekonomi dan pekerjaan.

“Anak-anak muda dan graduan tempatan ada peluang pekerjaan dan mereka boleh sama-sama dapat pengalaman dalam projek berteknologi tinggi,” katanya.

Bukan sahaja ia menggerakkan ekonomi utama, pembinaan seperti ini akan bantu juga ruang lingkup ekonomi setempat yang melibatkan peniaga kecil dan tempatan.

Najib berkata sebaik Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan pada 2018 segala-galanya perancangan BN untuk Malaysia dalam soal pembangunan infrastruktur begini sia-sia begitu sahaja.

Atas nama kononnya berjimat-cermat kerajaan PH memotong peruntukan dan juga mengubah perancangan beberapa projek antaranya projek transit aliran massa (MRT) dan transit aliran ringan (LRT) sehingga menjadikan ia tidak memenuhi keperluan rakyat dan masa depan.

“Potong bajet ini, batal projek itu, sanggup bayar pampasan asalkan henti projek pembangunan yang Najib buat dulu.

“Perancangan ekonomi apa pun tidak ada,” kata Najib.

Projek HSR Thailand daripada gambar yang dikongsikan Najib dijajarkan dari Bangkok ke Nakhon Ratchasima untuk Fasa 1 dan dari Nakhon Ratchasima ke Nong Khai untuk Fasa 2 nanti.

Perancangan Thailand ialah untuk menggunakan keretapi laju dengan kelajuan maksimum 250 kilometer sejam.

Projek ini diluluskan Parlimen Thailand pada bulan Oktober 2010 dengan melibatkan lima laluan keretapi berkenaan.

Laluan berkenaan ialah laluan timur laut Bangkok – Nong Khai; laluan timur Bangkok – U Taopo Airport; laluan utara Bangkok – Chiang Mai dan laluan selatan Bangkok – Hua Hin.

Najib jelas sedih dengan gambar perkembangan projek di negara jiran yang nampak kemas dan teratur menandakan Malaysia kini sedang berada di belakang berbanding negara-negara lain.

Leave a Reply