Semak keputusan UPU mulai esok

Hebahkan !!!

 


Oleh Azrin Muhammad

KUALA LUMPUR – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti
awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institusi latihan kemahiran awam
(ILKA) bagi peringkat sijil, asasi dan diploma sesi akademik 2022/2023 bagi
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mula disemak mulai esok.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi satu kenyataan, berkata,
keputusan berkenaan boleh disemak secara dalam talian mulai pukul 12 tengah
hari esok sehingga 31 Julai ini, pukul 5 petang melalui aplikasi mobile
UPUPocket.

“Pemohon juga boleh membuat semakan di https://jpt.utm.my,
http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my dan
https://jpt.umt.edu.my.

“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 23
Julai hingga 31 Julai 2022 di laman web institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)
dan ILKA,” kata kenyataan itu kepada media tempatan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan
ILKA kepada pemohon yang berjaya mulai 23 Julai ini setelah calon membuat
pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Dalam perkembangan sama, KPT juga menegaskan hanya pemohon yang gagal
mendapat tawaran program pengajian sahaja boleh mengemukakan
permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA.

“Permohonan rayuan bagi politeknik boleh dibuat di https://upu.mohe.gov.my
dalam tempoh 10 hari mulai 22 Julai pada pukul 12 tengah hari sehingga 31 Julai,
pukul 5 petang manakala rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan
terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan
sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak
dibenarkan,” katanya.

Sementara itu, kenyataan itu juga memberitahu dasar pemilihan rayuan
tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program
pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi KPT di talian 03-8870 8200 atau menggunakan saluran sistem maklum balas di
https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas atau UPUChat di http://upu

Leave a Reply