Paulo Dybala akan gunakan jersi nombor 21 di AS Roma

Hebahkan !!!

Pemain baharu AS Roma, Paulo Dybala lebih selesa untuk menyarung jersi bernombor 21 namun memberi bayangan mungkin akan mempertimbangkan untuk memakai nombor 10 itu pada masa akan datang.

BBC melaporkan, pemain sayap antarabangsa Aregntina itu menolak tawaran diberikan pasukannya untuk menyarung jersi nombor 10 memandangkan dia percaya ia masih dimiliki legenda kelab itu, Francesco Totti.

“Memakai jersi nombor 10 yang mana ia sangat ikonik buat peminat Roma kerana pernah digunakan oleh legenda kelab ini, Francesco Totti.

“Bagi saya, nombor jersi itu patut dikekalkan sebagai milik Totti kerana dia merupakan individu penting dalam pasukan ini.

“Saya berterima kasih atas tawaran ini, namun ketika ini saya perlu menolaknya dan akan menggunakan nombor 21,” katanya.

Sebelum ini, Dybala bersetuju untuk menyertai Roma secara percuma selepas kontraknya bersama Juventus tamat pada musim lalu.

Difahamkan pemain itu bersetuju untuk menandatangani perjanjian tiga tahun dengan Roma bernilai €6 juta (RM40.5 juta).

Leave a Reply