Lim Kit Siang akui fenomena “Bossku” dan mahu tumpang “populariti’ Najib.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Baru baru ini Lim Kit Siang ada membuat kenyataan bahawa DAP mahu dan boleh berkerjasama dengan Najb Razak untuk PRU15.

Namun, sebelum Kerjasama itu terlaksana , Najib perlu akui kesalahannya berkaitan isu 1MDB, kata Lim Kit Siang.

Maka, pihak Najib Razak pastinya menolak saranan LKS kerana mengetahui ia sebagai kompromi untuk Pakatan Harapan dan DAP menghadapi rakyat dengan membuat kenyataan Najib memang bersalah.

Ketika ini , hanya pengaruh  pihak pihak tertentu dimahkamah sahaja yang membuat kes Nampak seolah olah Najib bersalah.

Malah , hakim juga terpaksa diatur untuk melaksanakan kes rekaan ini.

Akhirnya , semua terdedah . bahawa selain Hakim Mohd Nazlan dibuktikan ada pembabitan dalam penububan SRC, Nazlan juga didapati (Bersama bukti diserah kepada mahkamah oleh pembela) telah berbohong dan khilaf didalam penjatuhan hukuman terhadap Najib Razak.

Seperti dibuktikan , bukan sahaja telah khilaf menjatuhkan hukuman , bahkan khilaf dalam pertuduhan.

Dakwaan bahawa wang yang terbabit yang dituduh terhadap Najib bukan dari Kumpulan Wang Amanah Pencen  (KWAP) tetapi sebaliknya wang itu dari Putra Perdana.

Jadi , bagaimana hendak menyatakan Najib besalah pada peristiwa tidak berlaku?

Kemudian , hakim sendiri telah menerima sejumlah wang dipecayai sogokan dari Jho Low masuk kedalam akaun nya sebanyak sebelas (11) transaksi.

Hakim sehingga kini tidak dapat menjawap malah kes nya masih belum dibuka lagi. (kenapa?)

Maka , pendek kata sangat tidak masuk akal untuk Najib mengakui kesalahan nya seperti kehendak Lim kit Siang.

Sememang benar 1MDB ada masalah , tapi bukan lah seperti yang diceritakan.

Antara kesalahan ada lah yang dilakukan oleh Pegawai2 yang membuat keputusan tidak merujuk Lembaga Pengarah dan juga Najib Razak.

Kembali kepada topik di atas, Lim kit Siang sama juga seperti Mahathir.

 

Apabila bercakap tidak peduli kepada kelemahan sendiri.

Jika Mahathir dengan perasaan suci dengan melupakan isu Pulau Batu Puteh , Isu Mykad Sabah (projek IC) kerugian RM30 bilion FOREX , LKS pula lupa anak dan menantu sendiri sedang turun naik mahkamah atas kes rasuah Terowong dan AMLA.

Maka , ini lah jenis pemimpin Pakatan Harapan.

Berkemungkinan dirumah mereka tiada cermin untuk melihat diri sendiri.

Pada saranan LKS mahu berkerjasama , satu perkara sudah boleh dilihat.

Pada kenyataan nya , sahlah LKS akui Najib sedang popular.

Kes kes yang direka terhadapnya membuat “BOSSKU” lebih popular dan disayangi rakyat.

LKS seperti biasa miliki maklumat sendiri dan juga maklumat bantuan perisikan jiran.

Selain itu , kekalahan di kubu kuat DAP di Johor dan juga di 3 PRN memberi impak kepada DAP bahawa mereka tidak sekuat PRU14.

Maksud “Malu apa Bossku” pun sudah difaha

mi oleh rakyat, bahawa “buat apa hendak berasa malu jika tidak besalah dan di fitnah”.

Maka saranan LKS tidak masuk akal.

Apa yang pasti adalah LKS akui Najib sangat popular waktu ini dan membawa ‘aura’ kemenangan, imi pasti menyakitkan hati Mahathir.

Maka dalam hal ini, Nampak jelas LKS perlukan populariti Najib sebaliknya Najib tidak perlukan nya.

 

 

Leave a Reply