Awie dakwa beliau dan Erra difitnah teruk satu ketika dahulu

Hebahkan !!!

Penyanyi, Datuk Awie menepis dakwaan segelintir netizen yang menuduh beliau dan pelakon, Erra Fazira menjaja cerita-cerita lama untuk melariskan konsert Romantika dua tahun lalu.

Kata Awie, kisah antara dia dan Erra yang dipentaskan dalam konsert itu bukanlah untuk mendapatkan publisiti, sebaliknya sebagai ‘tamparan’ untuk mengingatkan orang-orang yang satu ketika dahulu pernah memfitnah mereka agar tampil meminta maaf.

“Saya buat konsert itu adalah untuk memberitahu kepada orang-orang yang memfitnah kami sempat meminta maaf sebelum kami mati.

“Kami difitnah teruk, jadi lebih baik selesaikan atas pentas, jernihkan supaya orang tahu kami okey,” katanya.

Awie berkata demikian selepas sidang media konsert Romantika Awie baru-baru ini.

Konsert tersebut, yang sekali lagi menggabungkan Awie dan Erra bakal dipentaskan di Sabah International Convention Centre Kota Kinabalu pada 20 Ogos depan.

Dalam pada itu, Awie meminta mereka yang menyebar spekulasi berkenaan dia dan Erra agar menghentikan tindakan tersebut.

Katanya, tindakan itu tidak Islamik dan melampau.

“Hentikan andaian, cukup. Ia sudah jadi melampau. Jagalah aib orang.

“Saya ambil kesempatan untuk jernihkan di atas pentas. Saya ajak Erra selesaikan. Be friend forever.

“Benda yang baik, kita selesaikan. Segala kemelut yang disalah erti selama ini. Orang menuding jari kat saya. Penat, kasihanlah pada saya,” luahnya.

© Utusan Online

Leave a Reply