Berpuluh Tahun Sulu Tak Kacau PETRONAS , bila PH Tommy Thomas mohon Maaf Baru Sulu kacau

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Akhirnya,  pemerintahan duapuluh dua bulan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir sah membawa bala dan malapetaka kepada negara dan rakyat.

Jika dulu kita masih ada Pulau Batu Puteh untuk di ‘challenge’ dimahkamah sekali lagi kerana ada penemuan bukti baru (Syarat International Court of Justice)  namun dengan Tun Mahathir menandatangi tergesa gesa secara solo , maka ia mengakibatkan peluang tersangat nipis untuk Malaysia menandingi tuntutan baru.

Kita kehilangan pulau kepada jiran.

Kemudian Ketika Barisan Nasional memerintah , kita ada hutang sambil kita juga ada aset.

Kini, kita bertambah hutang sambil aset pula sudah tergadai.

Begitu lah bala yang dibawa oleh kerajaan Tun Mahathir dan sekutunya DAP.

Dengan mengumpan dan melekakan rakyat dengan cerita skandal skandal , rakyat tanpa sedar telah kerugian macam macam.

Pada isu terkini berkenaan tuntutan Kesultanan Sulu , di mana syarikat berharga kita PETRONAS menjadi bahan rebutan , pihak sisa sisa Pakatan Harapan cuba perbodohkan rakyat apabila Kesultanan Sulu buat tuntutan terhadap PETRONAS.

Mereka cuba seret nama Najib Razak sebagai orang yang  bersalah.

PH dan Rafizi cuba bodohkan rakyat seolah olah selepas Najib bukan Perdana Menteri , kerajaan PH bodoh belaka untuk menguruskan isu Sulu.

Selepas kerajaan Barisan Nasional , apakah kerajaan PH tidak tahu buat apa apa untuk menyelesaikan nya?

Menyatakan Najib salah semacam PH tidak berakal.

Jika Najib yang salah , apa PH buat untuk pebetulkannya dalam 22 bula?

Untuk rakyat , fikirkan lah , PETRONAS sudah ujud sejak tahun 1974 lagi.

Kesultanan Sulu tidak pernah usik PETRONAS.

Malah, mereka sanggup menghantar pejuang merka masuk ke Lahad Datu Sabah untuk menceroboh , mereka tetap tidak ganggu PETRONAS.

Namun , sebaik sahaja kerajaan PH ambil alih dan melakukan kesilapan memohon maaf kepada kesultanan Sulu , maka surat memohon maaf ditanda tangani Tommy itu lah yang dijadikan asas Malaysia mengiktiraf tuntutan mereka.

Selama kita membuat ‘deal’ baik dari segi apapun , kita tidak pernah memohon maaf.

Tapi , permohonan maaf secara rasmi oleh Tommy Thomas itu dijadikan bahan dan asas mereka menyatakan Malaysia mengaku salah dan mereka berhak terhadap PETRONAS.

Tuntutan Sulu sudah lama , PETRONAS juga sudah ujud lama, tapi Sulu hanya mula kacau PETRONAS sebaik sahaja Sulu mendapat surat mohon maaf dari Tommy Thomas PH.

Leave a Reply