Rafizi Cemas dan ketakutan , PRU15 sudah hampir ,rakyat masih bual tentang penyelewengan PH dan Tun Mahathir.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Pada PRU14 yang lalu, seluruh jiwa raga jentera Pakatan Harapan termasuk jentera Tun Mahathir dan DAP dicurah kepada serangan terhadap Najib Razak.

Apa sahaja yang berbau “Najib” akan di serang.

Tidak kiralah sama ada ia isu remeh beruang panda dari China atau pun jemputan artis Korea pada majlis ada Najib Razak.

Jika mengambil itu satu kesalahan , malah memberi pun kesalahan juga , seperti BRIM.

Menghantar orang kerjakan haji juga satu kesalahan.

Selain itu, isu GST, 1MDB , Rosmah , Altantuya , siapa siapa mati pun kait Najib , cincin, dan lain lain lagi juga turut dimainkan.

Tujuan nya mudah sahaja, hancurkan jenama ‘Najib’ maka Barisan Nasional dan UMNO akan turut  sama hancur dan  tumbang.

Kebencian meluap luap rakyat kepada Najib dan BN menjadi jadi sehingga apa sahaja jawapan dan alasan sudah tidak dapat diterima.

Asas serangan ada lah menanam ‘kebencian” , dan bukan menanam fakta dan kebenaran.

Maka , rakyat telah termakan bulat bulat “hook, line and sinker” yang disumbat kepada pemikiran mereka.

Maka  momentum kebencian pun berjaya dikumpul lalu BN dan Najib pun tumbang.

Itu kisah Pru14.

Kini, dengan kehendak Allah , kedudukan yang sama juga muncul.

Namun, ia bukan untuk BN atau Najib.

Sebaliknya momentum kebencian adalah terhadap Tun Mahathir  dan Pakatan Harapan.

Mana mana pun bualan rakyat bukan lagi berkenaan Najib dan 1MDB , tetapi berkenaan Mahathir , Zeti dan Nazlan.

Jika 1MDB menjadi faktor jatuh Najib Razak dan BN, kini 1MDB tetap menjadi faktor, namun sasaran adalah terhadap Mahathir , Zeti dan Nazlan.

Isu makan ‘tuan’. Boomerang.

Hari hari rakyat bual berkenaan betapa Zeti tidak didakwa kerana membabitkan Mahathir.

Zeti dikatakan ‘feveret” Mahathir dan Daim ,sehingga dilantik kejawatan itu dan ini.

Maka jika Zeti didakwa, Pasti nama kedua ‘mentor’ akan terpalit kerana mana mungkin Zeti berani meluluskan sesuatu atau alihkan sesuatu tanpa izin ‘mentor’.

Selain itu , belum habis kisah Zeti, muncul pula kisah Nazlan Ghazali , hakim didapati menerima wang jutaan ringgit dalam akaun peribadinya yang tidak dapat dia jelaskan.

Hakim lantikan kerajaan Mahathir.

Kedua kes ini menjadi bualan seluruh rakyat , bahkan mungkin dunia.

RM42 juta masuk akaun Najib , PH tahu tapi,  RM700 juta masuk akaun Zeti PH dan Bank Negara tidak tahu.

Apa jenis siasatan kah ini?

Mahathir sehingga ditulis ini , masih tidak dapat mengulas atau menjawap, bahkan jika Mahathir suka menyindir memperli pada tiap isu, tapi dengan dua skandal ini Mahathir hilang taring.

Belum habis isu Zeti dan Nazlan , muncul pula kisah Mahathir menyerah Pulau Batu Puteh secara buat keputusan sendiri tanpa rujuk kabinet dan Peguam Negara.

Seolah olah beliau diugut Singapura yang kononnya tahu macam macam perkara terhasil siasatan terhadap Zeti.

Selain itu, kisah wang pulangan 1MDB yang hampir sejumlah RM33 bilion yang dipulangkan Ketika PH masih berkuasa namun tiada satu sen pun hutang 1MDB susut.

Kemana kah Wang itu semua lesap?

Jika ia wang 1MDB  pasti tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.

Wang menjual kapal Jho Low juga sejumlah RM500 juta tidak mengurangkan sedikit pun hutang 1MDB.

Pada kisah ini, terseret juga kisah tiga bank Melayu memberi pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat judi Genting yang membeli kapal Jho Low.

Pada yang sudah tahu , ia memberi hint bahawa ‘signature’ individu tertentu pasti dibelakang pinjaman ini.

Maka , pendek kata , isu isu yang terbangkit kebelakangan ini ‘too hot to handle’ begitu panas oleh Mahathir dan PH untuk menjawap.

Hatta, muncul lah Rafizi Ramli dari gua persembunyian untuk merungkai bala yang sedang di lalui oleh Mahathir dan PH.

Persoalan Rafizi, bagaimana untuk tarik semula rakyat focus kepada kesalahan Najib dan bukan kepada penyelewengan PH dan Tun Mahathir?

PRU15 sedang hampir ,  Mahathir dan PH tidak boleh hadapinya dengan semua mata rakyat tertumpu kepada kisah Mahathir dan PH.

Lalu ini lah yang terjadi yang Rafizi sedang lakukan.

Pura pura seru penyokong lapor Najib kepada Polis.

Sebagai seorang yang tidak ‘gentleman’ tewas berhujah , Rafizi perlu gunakan ‘common enemy” untuk membantunya menarik rakyat tumpu kepada Najib, dan bukan kepada penyelewengan PH dan Mahathir.

Yang perlu semua rakyt bertanya, adakah kali ini mahu makan umpan Rafizi lagi?

Tidak serik serik lagikah?

Professor sama kena tipu dengan penjual ikan.

Leave a Reply