Jika setahun kata Mahathir, maksudnya akan berlarutan bertahun-tahun

Hebahkan !!!

Oleh: Khairul Misran

Adakah ada orang di Malaysia masih percaya bahawa jika Tun Dr Mahathir Mohamad kata beliau mahu jadi Perdana Menteri untuk tempoh masa tertentu beliau akan menunaikan janjinya?

Kalau dilihat pada apa yang terjadi sebelum ini, kalau Mahathir kata ada tempoh tertentu biasanya ia akan jadi lama dan akan berlarutan lebih lama.

Jika beliau kata setahun, ia akan jadi bertahun-tahun.

Parti Pejuang yang dipimpin Mahathir telah pun mencalonkan beliau sekali lagi untuk jadi Perdana Menteri untuk kali ketiga kali ini katanya untuk tempoh setahun sahaja.

Mari kita lihat beberapa peristiwa melibatkan tempoh masa jika bercakap pasal Mahathir.

Tarikh, 22 Jun 2002, ketika itu Mahathir sedang menjadi Perdana Menteri selepas dilantik pada Julai 1981. Beliau di depan kira-kira 2,000 perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) umum letak jawatan dalam kerajaan, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau turut menangis sambil ditenangkan oleh beberapa pemimpin lain pada masa itu antaranya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tan Sri Rafidah Aziz memujuk beliau supaya menarik balik peletakan jawatannya.

Sejam kemudian selepas berbincang beliau setuju tarik balik dan kemudian berbuat keputusan berundur pada Oktober 2003.

Kemudian selepas BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, dan Mahathir sekali lagi jadi Perdana Menteri pada 10 Mei 2018.

Pada 20 September 2019, Mahathir buat kenyataan kata akan umumkan tarikh untuk serahkan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri dan kata akan berpegang pada janji.

Anwar berkata difahamkan beliau akan jadi Perdana Menteri pada Mei 2020 tetapi Mahathir tidak berkata sepatah apa pun dan bersedia untuk jadi Perdana Menteri untuk beberapa tahun lagi selepas itu.

Sebelum itu Mahathir ada beri komitmen untuk jadi Perdana Menteri hanya untuk dua tahun sebelum kata akan maklumkan tarikhnya kemudian pula selepas itu seakan-akan tidak mengikut komitmen asal.

Kalau kali ini kata janji akan jadi Perdana Menteri setahun, berapa lama pula selepas itu baru beliau akan benar-benar berhenti dan serahkan jawatan.

Dunia pemikiran Mahathir amat lain dengan pemimpin dalam negara ini.

Beliau ada perancangan lain untuk jayakan apa yang dimahukan, apa yang ingin dicapai dan apa yang beliau ingin dapatkan. Jika kali ini sekali lagi Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dapat jadi Perdana Menteri sudah pasti ia akan berlarutan juga.

Pada Februari 2020, Mahathir letak jawatan kerana beliau mendakwa sudah hilang sokongan majoriti Parlimen tetapi pada masa itu negara baru sahaja mula dilanda dengan wabak COVID-19 dan ia membawa bencana besar kepada negara.

Mungkin juga beliau letak jawatan kerana enggan menyusahkan diri cari jalan penyelesaian pada krisis pandemik pula, lebih baik letak jawatan dan biar orang lain selesaikan masalah itu.

Kini, Malaysia sudah memasuki fasa peralihan kepada endemik, jadi Mahathir mula guna pengaruhnya untuk cuba dapatkan sokongan jadi Perdana Menteri semula kemungkinan jika parti Pejuang menang majoriti kerusi pada PRU ke-15 nanti.

Leave a Reply