Tak jadi PM sebab Anwar Tolak Korupsi 1MDB ,tapi Kes Zeti , Nazlan dan Guan Eng Anwar senyap pula.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

“Dengar sini. Nak suruh saya berjaya dengan menjadi penjilat kepada perasuah, pilih presiden lain,” – Anwar Ibrahim

Kenyataan diatas yang dibuat hadapan penyokong Parti Keadilan Rakyat , sekadar retorik dan penyedap ucapan sahaja.

Sebagai ‘orator’ veteran , Anwar tahu apa yang boleh membuat penyokong PKR meleleh air liur mendengar kata kata yang memukau dan sedap tertapi kosong dari kebenaran.

Anwar mahu tutup malunya tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana ditipu oleh Mahathir.

Konon konon Anwar benci korupsi dan sanggup memegang prinsip dari menerima jawatan Perdana Menteri , ia umpama janji mahu turunkan harga minyak jika Pakatan Harapan menang.PRU14.

Pada hakikatnya , jika Anwar bukan Perdana Menteri pun , namun Parti PKR menjadi induk kepada kerajaan 22 bulan dengan sejumlah 47 kerusi Parlimen.

Tidak semesti menjadi Perdana Menteri sahaja boleh tunaikan janji, kerana Perdana Menteri minoriti Tun Mahathir harus berpaut pada 47 kerusi dari PKR dan kerja tekanan terhadap polisi dan kehendak parti PKR harus dilaksanakan oleh Mahathir.

Tapi itu lah Anwar , bohong dan auta tetap dijunjung.

Bagi kenyataan konon benci korupsi UMNO, ia juga satu pembohongan besar dari Anwar.

Jika benci korupsi , tentu Anwar akan benci Lim Guan Eng dan DAP.

Lim Guan Eng ada lah perasuah tegar dimana terbabit dengan rasuah banglo Pinhorn dan rasuah Terowong Pulau Pinang.

Bekas Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng kini sedang sibuk turun naik mahkamah bagi menjawap kes rasuah nya.

Ia kes benar dengan saksi mengaku memberi rasuah dan juga LGE sendiri meminta 10% dari jumlah projek.

Maka , kenapa pula Anwar tidak cuba jauhkan diri dari perasuah LGE?

Selain itu, negara sedang bertanya tanya berkaitan kedudukan kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Akhtar.

Siasatan SPRM dan PDRM sudah lama lengkap , dan sudah pun berada di meja Peguam Negara , namun sehingga kini masih belum ada jawapan kepada kedudukan kes itu.

Itu lah sepatutnya Anwar pejuangkan.

Selain itu , kes Hakim Nazlan Ghazali berkemungkinan menerima sogokan dari Jho Low dan kes masih di perap dipejabat Peguam Negara masih belum dibuka buka lagi dimahkamah.

Kedua kes ini boleh menjadi kayu ukur terhadap kata kata Anwar menolak korupsi.

Atau sekadar teori retorik kosong tentang korupsi pemimpin UMNO sahaja, tapi bila babit orang orang PH dan berkaitan dengan PH , Anwar hilang keberanian.

Hentilah menipu rakyat dengan laungan laungan kosong.

Zaman beri ucapan ‘firebrand’ berapi api sudah lama tamat.

Rakyat perhati perbuatan bukan ucapan sahaja, jika ucapan tidak di’follow-up’ dengan perbuatan , ia sekidar tin kosong sahaja dan tidak akan dilayan lagi.

Hentilah dengan permainan ‘I have the numbers’.

Jika ada jumlah dan nama bawa sahaja lah kepada YDPA , sebutkan nama mereka dan umumkan siapa mereka , supaya mereka boleh sahkan atau nafikan.

Sambil itu, hentilah menipu konon ada prinsip benci korupsi, tapi dalam waktu sama berpeluk dengan Lim Guang Eng dan waktu sama juga , berdiam diri kepada korupsi sebenar Zeti dan Nazlan.

Leave a Reply