Konvensyen PKR berakhir, era hasutan Anwar dan Rafizi bermula

Hebahkan !!!

Oleh: Khairul Misran

Kongres Nasional PKR 2022 yang bermula pada 15 Julai sudah pun berakhir semalam sekaligus menandakan bermulanya lembaran lain untuk PKR menongkah arus politik untuk tahun 2022 dengan gadingan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Timbalan Presiden yang baharu iaitu Rafizi Ramli.

Ia juga bermaksud bermulanya era hasutan gandingan Anwar dan Rafizi ke atas Barisan Nasional (BN).

Sejak dulu, Anwar dan partinya PKR akan letakkan BN sebagai sasaran teratas mereka untuk diserang bertubi-tubi tidak mengira alasan politik atau peribadi.

Dalam satu video lama, Rafizi sudah pun mengaku bahawa tugas beliau ialah menghasut setiap hari untuk tidak mengundi BN dan UMNO.

Selepas habis konvensyen semalam, Anwar dan Rafizi akan mulakan langkah menghasut, mengutuk dan mengeji UMNO dan BN setiap hari.

Ketika ini, lidah jahat mereka sedang menggunakan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang membebankan.

Tapi, apa yang PKR lakukan ketika sama dengan Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan? Tak selesai pun masalah ini malahan Perdana Menteri mereka lari letak jawatan pula secara tiba-tiba.

Kerajaan hari ini bertungkus-lumus hendak membersihkan sisa kerosakan yang mereka tinggalkan tetapi Anwar tetap meletakkan salah ini kepada BN dan menuduh kerajaan sebagai penyebabnya.

Selepas itu, orang yang menjadi sasaran mereka bukan pemimpin kerajaan yang sedia ada tetapi mereka suka serang pemimpin yang ada kredibiliti besar dan boleh pengaruhi ahli akar umbi parti.

Baru sahaja usai konvensyen semalam, hari ini Rafizi sudah berperang di media sosial dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebook. Dalam ucapannya di konvensyen berkenaan, Rafizi sudah ajak ahli PKR untuk sama-sama menyanggah hantaran Najib di Facebook.

Padahal, tulisan Ahli Parlimen Pekan itu di Facebook semuanya berlandaskan fakta dan kenyataan.

Rafizi dan Anwar posting mereka menyangkal dakwaan denga fitnah.

Tidak mustahil PKR akan buat kerjasama dengan parti lain untuk hapuskan BN secara total dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Ketika sidang media selepas konvensyen, Rafizi berkata PKR akan meneruskan buat rundingan dengan parti lain dalam usaha jalinkan kerjasama dan mungkin juga akan turut serta dalam idea khemah besar.

“Kita faham peranan PKR sebagai parti pembangkang utama untuk mencari jalan paling baik menggarap kekuatan pembangkang. Namun, ada dua pertimbangan tak boleh ditolak iaitu sentimen akar umbi PKR dan penyokong PH di bawah.

“Kalau sentimen itu menterjemahkan mereka menolak khemah besar secara terang-terangan dan pimpinan tetap teruskan juga, maka kamu tidak boleh yakinkan ahli kita dan macam mana mahu yakinkan penyokong,” katanya ketika ditemui media pada Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) di Shah Alam pada 16 Julai yang lalu.

UMNO dan BN juga sudah bersedia untuk berdepan segala macam tuduhan, serangan dan tohmahan menjelang pilihan raya kerana BN ada bukti perkhidmatan cemerlang ketika jadi kerajaan bukan setakat omong kosong seperti PKR terutamanya Anwar.

Pembangkang tidak ambil peduli bagaimana keadaan negara sekarang ini walaupun kita sedang dalam usaha untuk pulih dari belenggu krisis pandemik dan masalah ekonomi tetapi akan terus berpolitik tanpa mengira masa.

Leave a Reply