Cadang Mahathir jadi PM PRU15 , Hak Parti PEJUANG untuk “Syok sendiri”.

Hebahkan !!!

 

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Benar , Malaysia sebuah negara demokrasi , sesiapa pun boleh cadang sesiapa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.

Baru baru ini , Selepas Parti PEJUANG memberi kenyataan bahawa parti mereka mencadangkan nama Mahathir sebagai calon mereka untuk menjawat jawatan Perdana Menteri , maka pelbagai reaksi telah tercetus dari pelbagai golongan rakyat.

Ada yang setuju dan ramai juga yang mengeluh seolah olah dalam negara 33 juta rakyat ini sudah tiada orang lain lagi.

 

Jika ia nya nama ‘Fresh Face’ masih boleh diterima lagi, malangnya nama yang dicadang oleh parti PEJUANG sekadar muka lama dan lapuk.

Bukan sahaja , lama dan lapuk tetapi juga ‘repetitive’ orang sama yang pernah menjadi Perdana Menteri 22 tahun dan kemudian 22 bulan.

Diketika seorang veteran politik Tun Daim memberi kenyataan bahawa ahli politikus lama seharus undur diri “ Old guard must make way”- , tiba tiba Parti PEJUANG yang seolah olah tidak peka keadaan mengumuman perkara yang berlawanan pula.

Mungkin saranan Tun Daim hanya di tuju kepada Anwar Ibrahim sahaja agaknya, kerana mahu “kuda baru” Rafizi Ramli menggepalai PKR pula.

Umum tahu Daim tidak senang selagi Anwar masih ada peluang menjadi Perdana Menteri kerana dendam lama Anwar terhadap Daim, itu difahami.

Kisah terjadi di era Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan dalam negara menghadapi skandal FOREX RM30 bilion.

Anwar menjadi mangsa menjawap kepada Parlimen sedangkan ia angkara Tun Mahathir dan Daim.

Anwar pernah memberi kenyataan ‘Saya maafkan Tun Mahathir tetapi tidak Daim”.

Maka ternyata masih ada pergeseran disitu.

Apapun , masalah kita hari ini adalah berkaitan “Elephant in the room’ yakni, apabila Parti PEJUANG mncadangkan nama Tun Mahathir menjadi calon PM mereka.

Terlalu jelas nampaknya PEJUANG tidak peka rakyat dn tidak peduli hal rakyat.

Apakah kisah ikat perut, kisah sindiran kepada rakyat, kisah penipuan manifesto lansung tidak diambil kira oleh mereka mereka dari Parti PEJUANG Ketika menamakan Mahathir sebagai calon?

Atau , sebenarnya Mahathir yang menjadi dictator dalam Parti miliknya sendiri yang mahu dirinya dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri?

Sebagai pemegang rekod dunia sebuah parti yang paling banyak tewas kerusi dengan seratus peratus hilang wang deposit.

PEJUANG telah hilang deposit pad 42 kerusi yang ditandingi nya di PRN Johor dengan Poster Boy mereka adalah Tun Mahathir.

Tidak mungkin rekod ini boleh dipecahkan oleh mana mana parti lain dalam dunia.

Apapun, sumber kami terima adalah bahawa Mahathir akan cuba menang beberapa kerusi sahaja, dan selebihnya dia akan menunggu orang lain dari parti lain untuk menang untuk dia membida menjadi “power broker”.

Dikatakan Mahathir sudah ada ‘orang orang” nya dalam UMNO, PKR dan Bunga untuk menjalankan kerja kerja ini.

Ia jalan pintas kepada kuasa.

Tidak perlu susah payah ambil hati rakyat atau pikat penggundi, cukup menunggu sesiapa menang dan membuat bida dan tawaran kepada MP2 untuk menyebelahinya.

Apapun , berkenaan topik ini, kita sekadar memberitahu , hak Parti Pejuang untuk ,mencalonkan nama Mahathir , ia sejajar dengan hak sesiapa pun untuk syok sendiri.

Leave a Reply