Kalau Najib yang bagi, itu namanya rasuah, Jika Bersatu yang bagi nak panggil apa?

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Begitulah akhirnya, semua fitnah kini telah Kembali kepada pemiliknya.

Dahulu waktu Najib Razak sejahterakan rakyat seperti menghantar mereka pergi menunaikan haji , memilih Imam imam dan para bilal serta mereka yang uzur tapi belum ada kemampuan mengerjakan haji, orang seperti Tun Mahathir memfitnahnya sebagai memberi rasuah dan menggunakan wang haram , hatta haji mereka tidak sah.

Walaupun kenyataan Mahathir mengelirukan , kerana selalu dikata nya orang mencuri wang 1MDB. Tetapi dalam hal usursan Haji, Yayasan 1MDB sendiri yang menggunakan wang mereka untuk menghantar orang kerjakan haji.

Umpama 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri, Sungguh tidak masuk akal kerana ia kerja “corporate social responsibility’ (CSR) yayasaan 1MDB yang memang sudah diperuntukan.

Tapi , begitu lah jika hendak memfitnah, pasaran orang jahil sedia menerima cerita fitnah masih ramai.

Isu terkini , terlihat bagaimana parti BERSATU yang sangat desperado ketagih sokongan rakyat kerana Pilihan Raya Umum semakin hampir.

Selain pergunakan pemimpin UMNO yang sudah diugut dan diumpan untuk menghancurkan UMNO, Parti Bersatu juga tiba tiba ada banyak wang untuk ditaburkan kepada rakyat.

Wang dan dana sudah ada , tapi sokongan dari rakyat belum kunjung datang lagi.

Maka ‘shceme of things’ pun bermula, setelah membeli jiwa pemimpin UMNO yang tiada nilai diri , kini Parti Bersatu mula memancing rakyat pula peguna banyak dana yang entah dari mana datang nya.

Insiden dimana majlis sekolah digunakan untuk memancing rakyat kini menjadi bualan rakyat.

Begitu lah yang terjadi di Tanah merah dimana parti Bersatu dilihat cuba memancing rakyat dengan pebagai hadiah dan pemberian percuma yang tidak layak dikatakan majlis anjuran sekolah.

Pada majis itu banyak hadiah luarbiasa yang tiada pernah ada pada majlis PIBG mana mana sekolah dalam negara.

Tapi demi untuk ‘market’kan katak yang menang dengan tiket UMNO maka Bersatu sanggup lakukan nya.

Persoalan, jika semua ini dilakukan oleh Najib Razak, apakah yang akan dikatakan oleh orang seperi Tun Mahathir?

Tidak kah sebagai bapa segala hipokrasi Mahathir akan katakan yang Najib sedang merasuah rakyat? Atau UMNO sedang membeli rakyat?

Tapi apabila ia dilakukan oleh parti yang dia umpan untuk pikat ahli UMNO dan orang melayu, Mahathir akan berdiam diri kerana nanti semua mereka akan sujud dibawah nya melalui Bersatu?

Seperti mana Mahathir berdiam diri keatas rasuah Zeti dan Nazlan , begitu jugalah Mahathir akan berdiam diri atas perbuatan Bersatu.

Apa sahaja berkenaan UMNO , Najib dan Zahid ada lah rasuah, apa sahaja berkenaan bukan UMNO , Mahathir akan terima bulat bulat dan akan berdiam diri.

Leave a Reply