Shanghai laksana ujian COVID-19 besar-besaran ke atas penduduknya

Hebahkan !!!

SHANGHAI, China – Bandar Shanghai mengumumkan dua pusingan baharu ujian COVID-19 besar-besaran terhadap kebanyakan 25 juta penduduknya dalam tempoh tiga hari.

Ia susulan laporan jangkitan di pusat karaoke minggu lalu.

Pentadbiran bandar tersebut memaklumkan, kesemua penduduk di sembilan daripada 16 daerah di bandar itu perlu melakukan ujian saringan dua kali iaitu pada Selasa dan Khamis.

Penduduk di tiga lagi daerah juga perlu melakukan ujian saringan.

Ketika arahan tersebut dikuatkuasakan, penduduk di daerah terkesan perlu membuktikan keputusan ujian mereka dalam masa dua hari untuk keluar dari rumah.

Untuk rekod, arahan tersebut adalah sebahagian daripada polisi sifar kes COVID-19 yang menyaksikan penurunan kes di republik itu namun memberi kesan buruk kepada ekonomi.

Leave a Reply