RM3.50 cukup untuk sarapan.

Hebahkan !!!

 

 

(Zanifah Md Nor sedang sedang menyediakan nasi tomato di kafe De Rimba , Universiti Malaya)

Oleh Rohana Man

“BOLEH ke bagi harga RM3.50 untuk satu hidangan,”? soal saya kepada pengusaha kafe De
Rimba, Universiti Malaya (UM), Zanifah Md. Nor.
“Ha..ha…ha..tak boleh,” jawabnya ringkas.
Menurutnya, harga itu tidak masuk akal dan tidak seiring dengan peningkatan harga bahan
mentah yang terlalu mahal ekoran inflasi yang berlaku.
Walaupun pihak kerajaan menerusi inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
memperkenalkan enam bulan moratorium sewa kedai kepada pengusaha premis makanan di
institusi pengajian tinggi (IPT) mulai bulan ini bertujuan membantu mengurangkan kos
operasi dan bahan mentah, namun harga yang ditetapkan itu masih tidak dapat menampung
kos yang terpaksa mereka tanggung.
Beliau memberi contoh, sewa kafe adalah RM800 sebulan dan menerusi pelaksanaan
moratorium, sewa tidak perlu dibayar selama enam bulan mulai bulan ini.
“Nak kira kos bukan macam tu. Kena masukkan juga kos lain seperti gaji staf, tukang masak,
bahan mentah, bil air dan elektrik. Katakan kos keseluruhan adalah RM2,500 sehari.
“Setelah ditolak sewa kedai RM800 sebulan (sebab dapat moratorium), masih ada baki
sebanyak RM1,700 kos operasi yang ditanggung pengusaha.
“Jika hari itu, ada 500 pelajar membeli makanan pada harga RM3.50, bermakna pendapatan
kasar pada hari tersebut adalah RM1,750 (RM3.50 x 500 pelajar). Tolak kos operasi yang
berbaki RM1,700, maka ‘gaji’ pemilik kafe pada hari tersebut hanya RM50,” katanya.
Sehubungan itu, beliau tidak dapat meletakkan harga RM3.50 untuk hidangan makan tengah
hari atau makan malam. Bagaimanapun, harga itu boleh digunapakai untuk menu sarapan.
“Kalau untuk menu sarapan, mungkin boleh. Mi goreng atau nasi lemak dijual pada harga
RM1.50, tambah telur mata RM1 dan minuman panas tanpa susu seperti teh o atau kopi o,
RM1.00. Total adalah RM3.50.
“Tetapi jika pelajar memesan minuman ada susu seperti teh tarik, milo atau kopi susu,
harganya adalah RM1.50, menjadikan keseluruhan harga sarapan adalah RM4.00,”katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan harga RM3.50 per hidangan hanya sesuai untuk sarapan,
manakala sajian makan tengah hari atau makan malam, harga yang sesuai adalah RM5.00
untuk satu hidangan mengandungi nasi putih, ayam dan sayur.
“Saya dah lima tahun berniaga di UM dan setiap hari saya dah ‘masak’ tengok perangai
pelajar. Kebanyakan pelajar perempuan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit atau
separuh daripada sukatan biasa.
“Jadi, harga jualan untuk mereka adalah nasi putih separuh (50 sen), sayur sedikit (50 sen)
dan ayam seketul (RM3.50). Harga seketul ayam adalah standard. Jadi, harga untuk makan
tengah hari mencecah RM4.50.
“Berbanding pelajar lelaki. Mereka cenderung mengambil nasi yang menimbun, ayam dua
ketul dan kuah banjir. Macam mana nak kira ni. Tentulah harga tak sama dengan pelajar
perempuan tadi,”ujarnya.
Beliau menambah: “Itupun dah habis fikir pasal kos dan gaji pekerja semakin tinggi. Minyak
masak sekarang dah RM42 sebotol lima kilogram. Sebelum inflasi, harga hanya RM29.00
sebotol. Di situ sahaja ada peningkatan harga bahan mentah sebanyak RM13 bagi setiap lima
kilogram minyak masak dalam botol.
Mengakui kasihan dengan nasib pelajar daripada kumpulan B40, Zanifah meminta pihak
kerajaan dan pihak pengurusan IPTA mengambil langkah lain bagi membantu peniaga kafe di
kampus IPTA mengharungi cabaran inflasi.
“Kerajaan dan IPTA kena kasihankan kami (peniaga kafe) juga.Bantu kami agar kami dapat
bantu pelajar susah,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin, berkata, selain menyediakan sarapan
pada harga RM3.50, pihak universiti juga mengambil inisiatif baharu membantu pelajar
dengan memperkenalkan menu makan tengah hari dan malam berharga RM5.00.
“Menu nasi lauk ayam dan sedikit kuah kini boleh didapati di kafe kampus baharu dan lama
universiti. Ia hasil perbincangan yang telah diadakan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
dan peniaga kafe ekoran rungutan pelajar berhubung harga makanan yang semakin
meningkat,” katanya dalam satu laporan akhbar tempatan baru-baru ini

Leave a Reply