Muhyiddin wajar dedah terma perjanjian antara PN dan Ismail Sabri

Hebahkan !!!

Oleh: Khairul Misran

Apabila Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan buat kenyataan bahawa permintaan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk parti itu adalah sebahagian daripada perjanjian antara Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada sedikit kejutan berlaku dalam suasana politik tanah air.

Selain jawatan berkenaan, sudah pasti ada beberapa terma lain yang ada di dalam perjanjian berkenaan.

Kini, menurut pemerhati politik, lebih baik Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dedahkan senarai perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua pihak.

Dengar kata, perjanjian ini dibuat sebelum Ismail Sabri dilantik jadi Perdana Menteri.

Jadi maksudnya, adalah beberapa perkara yang Perdana Menteri perlu ikut atau patuh pada PN atau sebaliknya.

Kini sedang hangat jadi bahan perbualan, tentang cerita bahawa ada Timbalan Perdana Menteri baharu bakal dilantik dan antara nama yang disebut-sebut ialah antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau Datuk Seri Faizal Azumu.

Jawatan berkenaan ada termaktub dalam perjanjian berkenaan.

Jika ada terma sudah pasti ia sepatutny dipenuhi baru perjanjian itu lengkap. Menurut kata pemimpin Bersatu ini, ada terma masih belum dipenuhi.

Perkara begini ada risiko iaitu wakil rakyat dari dalam PN mungkin akan tarik diri dari sokong Ismail Sabri, sekali lagi nanti kerajaan jatuh dan Perdana Menteri akan dipilih sekali lagi.

Menurut kata Muhyiddin pula, bukan sahaja ada terma berkaitan jawatan timbalan tetapi juga ada perjanjian berkaitan jawatan Menteri rupanya.

Itulah kontroversi baru-baru ini melibatkan jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang melibatkan Datuk Zuraida Kamaruddin yang lompat tinggalkan Bersatu dan masuk Parti Bangsa Malaysia.

Wan Saiful juga berkata ia terpulang pada Perdana Menteri untuk memberikan respon berkaitan jawatan kerana melantik Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah kuasa prerogatif beliau.

Parti Bersatu akan melihat dan menilai sama ada perjanjian itu akan dipenuhi oleh Ismail Sabri atau tidak.

Jika parti di dalam kerajaan sudah boleh menilai seorang Perdana Menteri, adakah beliau sebenarnya bebas untuk mentadbir negara atau ada pihak lain yang memerhati dan menilai segala langkah yang diambil, ini tidak bagus dalam pentadbiran negara.

Oleh itu, para pemerhati dan pengulas politik mahu Muhyiddin dedahkan segala terma berkaitan perjanjian itu.

Tugas mentadbir negara mustahil boleh berjalan dengan baik andai ada perjanjian melibatkan jawatan antara Perdana Menteri dengan pihak lain kerana ia ibarat Perdana Menteri ada di bawah penilaian parti lain pula.

Jangan ada terma jika hendak bubar Parlimen kena ada izin Muhyiddin dulu sudah, naya Barisan Nasional (BN) dan UMNO kalau ada.

Leave a Reply