Jika Buka kes Zeti dan Nazlan ,pandangan rakyat pasti akan berubah terhadap Najib dan BN

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Benar juga andaian menyatakan kes yang dikena kan terhadap Datuk Seri Najib Razak merupakan kes yang direka untuk membenarkan fitnah Pakatan Harapan dan Tun Mahathir.

Atas sebab tiada perancangan konkrit untuk membantu rakyat selepas mengambil alih kerajaan dari Barisan  Nasional  Ketika memerintah selama dua puluh dua bulan , maka Pakatan Harapan terpaksa mengadakan sesuatu untuk melekakan dan mengalih tumpuan rakyat.

Hatta kes pun direka.

Dalam siasatan terhadap DSNR pasti sekali, pihak penyiasat sudah ternampak nama nama seperti Zeti Akhtar dan  Nor Yakob menerima wang masuk kedalam akaun mereka.

Jika tidak Nampak atau tidak tahu , bermakna siasatan telah dibuat secara tidak menyeluruh atau tidak sempurna.

Mungkin juga sudah sempurna tetapi terpaksa ‘selektif’ hanya untuk mengenakan DSNR sahaja.

Ia sama seperti pendakwaan terhadap Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika dimahkamah saksi memberitahu dia juga turut membayar wang kepada Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin.

Bagaimana ia boleh jadi kes kepada Zahid tapi bukn kes terhadap Muhyiddin dan Khairy?

Saksi berbohong dalam mahkamah kah?

Dua antara nama diatas sekadar menafikan di media sahaja dan bukan di mahkamah, sebab tidak diseret menjawap dalam mahkamah.

Begitulah keadilan versi Malaysia.

Tidak hairan bila ‘kluster mahkamah’ menang banyak PRK dan PRN.

Rakyat tidak pandang lagi kepada kes kes setelah tahu ia hanya wayang Tun Mahathir dan Pakatan Harapan sahaja,

Sebaik sahaja nama Zeti dan Nazlan muncul , Tun Mahathir dan PH kalam kabut dan bersilat sakan cuba alih tumpuan.

Rakyat perlu  bertanya kenapa begitu sukar untuk melihat Zeti dan Nazlan didakwa.

Siapa dibelakang mereka?

Pakatan Harapan termasuk Tun Mahathir kah?

Ketika ini , populariti Najib meningkat Ketika kes nya masih berlansung, bahkan telah dijatuhi hukuman oleh hakim ‘parachute’ yang dipilih oleh Pakatan Harapan.

Ini Ketika kes Zeti dan Nazlan belum dibuka lagi dimahkamah.

Tidak dapat dibayangkan jika kedua kes kuncu Tun Mahathir ini dibuka sebelum PRU15.

Soal jawap dimahkamah pasti menarik perhatian.

Banyak perkara pasti tercungkil dari sesi soal balas terhadap kedua mereka.

Apakah jawapan Zeti kepada mana pergi baki wang RM700 juta?

Jawapan apa akan diberi oleh Zeti jika disoal sama ada kelulusan secara segera “overnight approval”  Bon TIA dibuat sendiri atau atas arahan ‘dua suspek’ yang memang selama ini ada dalam fikiran rakyat?

Bagaimana pula Nazlan akan menjawap berkenaan wang yang diterima masuk dalam akaun nya?

Bagaimana juga dia akan menjawap perlantikan nya menggantikan hakim asal kes Datuk Suffian atas kehendak siapa?

Ini semua persoalan menarik jika dua kes kuncu Tun Mahathir ini dibuka segera.

Malah, kelewatan mendakwa sehingga hari ini juga akibatkan rakyat buat konklusi sendiri bahawa ada sesuatu sedang dilakar demi untuk menutup sesuatu yang sebenar dan lebih besar, hatta kes masih tidak dibuka buka lagi.

Leave a Reply