Idrus Harun – Peguam Negara paling senyap dalam sejarah

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Semenjak kes bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz diserah ke pejabat nya , Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun lansung tidak berbunyi dan berdiam diri sahaja.

Kali terakhir beliau bersuara adalah Ketika mengesahkan pejabat nya sudah terima kertas siasatan berkenaan rasuah Hakim Nazlan Ghazali dari Surhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Kemudian beliau terus senyap dan menyepikan diri seolah olah sudah tidak lagi berfungsi.

Kes kedua kuncu Tun Mahathir, Zeti dan Nazlan adalah ‘public interest” dan ia adalah kepentingan awam, namun cara ia diuruskan seolah olah ada cubaan untuk menutupkan kedua kes itu.

Jika pendapat awam mengandaikan bahawa ada cubaan ‘cover-up’ maka , itu adalah andaian yang benar kerana , jika kes berkaitan Najib Razak , sangat pantas di’excute’ tanpa berlengah lengah lagi.

Sebelum ini , negara ada beberapa Peguam Negara yang agak menonjol dan sentiasa muncul dimedia untuk menjawap dan mengulas pelbagai isu kepentingan negara.

Antaranya, Tan Sri Ghani Patail , Tan Sri Appandi Ali dan juga Tommy Thomas.

Namun kini, Peguam Negara terbaru Tan Sri Idrus Harun seolah olah ‘invisible’ dan ‘elusif”.

Adakah kerana terikat dengan bekas pemimpin tertentu dan dibawah pengaruhnya?

Indeks rasuah Malaysia semakin parah , apabila Pakatan Harapan ambil alih.

Apa tidak nya, dengan pendakwaan terpilih dan pendakwaan politik, tiada negara luar pun ingin mendekati Malaysia.

Insiden terbaru apabila negara jiran , Indonesia mengkritik kes pembunuhan amah Indonesia di mana pelakunya bebas waima ada bukti.

Datuk Sri Najib juga ada mengulas bekenaan nya malah menyindir Tommy Thomas dalam laman facebook nya.

Kata kata dinegara jiran seolah olah ada unsur perkauman sama seperti kes Arwah Adib.

Pada kes Zeti Akhtar pula, ia sebuah kes yang sangat “straight forward” yang telah pun dibantu maklumat nya oleh perisikan negara jiran dan Polis mereka.

Namun, di Malaysia kes itu masih tidak kemana mana lagi walaupun menerima kecaman awam.

Selain Thommy Thomas , Ghani Patail, Tan Sri Appandi Ali juga sering muncul dimedia untuk memberi kenyataan penting.

Kes Zeti dan Nazlan tidak akan menjadi minat awam tanpa kes Najib Razak.

Oleh kerana kes Najib Razak begitu menonjol , maka apabila nama Zeti dan Nazlan muncul , maka tumpuan pun beralih kepada kedua kuncu Mahathir ini.

Persoalan dari rakyat , kenapa begitu berat sangat untuk mendakwa Zeti dan Nazlan?

Apa yang menghalang Peguam negara bertindak?

Arahan siapa kah yang Peguam negara tunggu?

Rakyat tidak akan lupakan kes tertangguh ini, malah dijangkakan nama Zeti dan Nazlan akan dilaungkan oleh rakyat sebaik sahaja Najib Razak menghadapi hari terakhir perbicaraan nya , tidak kira salah atau tidak bersalah.

Mereka tetap mahu kedua individu ini dibawa kemuka pengadilan.

Benar lah andaian, bahawa Tan Sri Idrus Harun ada lah Peguam Negara paling senyap dalam sejarah negara.

 

Leave a Reply