Arab Saudi hantar pulang 46 jemaah haji kerana guna permit tidak sah

Hebahkan !!!

JAKARTA, Indonesia – Seramai 46 calon jemaah haji Indonesia telah dihantar pulang oleh kerajaan Arab Saudi kerana didapati menggunakan permit dan dokumen perjalanan yang tidak sah, lapor laman berita Tribunnew semalam.

Perkara tersebut mendapat perhatian Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, KH Maman Imanulhaq yang kini turut berada di Arab Saudi.

Maman berkata, beliau berharap kes tersebut dapat dijadikan iktibar kepada masyarakat Indonesia yang

ingin menunaikan ibadah haji supaya mereka menggunakan dokumen perjalan yang sah.

Lebih-lebih lagi katanya, kerana kerajaan Arab Saudi memandang serius calon jemaah haji yang didapati me­langgar peraturan.

Beliau turut meminta Kementerian Agama untuk meluaskan pemberitahuan mengenai pe­ningkatan kes penipuan terma­suk membetulkan penyalahgunaan permit yang kerap berlaku.

“Pada ketika ini, banyak masalah membabitkan jemaah haji dari Indonesia sama ada melalui laluan biasa mahupun melalui visa dari negara lain.

“Ini adalah perkara penting bagi Kementerian Agama supaya jemaah kita tidak menjadi mang­sa salah faham sistem dan skim penipuan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Leave a Reply