Wan Saiful Silap, Bukan Zahid , Tapi Pakatan Harapan dan Tun Mahathir yang akibatkan negara tidak stabil

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Benar juga kata Datuk Ahmad Said Trengganu, jika anda penyokong Pakatan Harapan, secara auto anda memiliki PHD kepada segala kebodohan.

Menyokong PH adalah “mother of all stupidity”, tidak kira sama ada seseorang itu sudah pun memiliki sepuluh PHD dalam bidang lain.

Kenyataan terbaru dari Wan Saiful Wan Jan menjelaskan segala gala nya berkenaan kebodohan itu.

 

Menyatakan Zahid Hamidi penyebab negara tidak stabil ada lah tidak benar dan salah sasar serta lebih menampak kan kejahilan kerana taksub kepada kuasa sedia ada hasil dari rompakan jawatan Perdana Menteri dari Pakatan Harapan.

Negara mula tidak stabil sebaik sahaja PH mula memerintah.

Sebaik sahaja menyerah jawatan Perdana Menteri kepada pembawa masalah negara ia itu Tun Mahathir disitu lah saat kehancuran negara bermula.

Sebagai Perdana Menteri yang tiada hak kerana partinya kecil dan menang sekitar 12 kerusi sahaja, maka Tun Mahathir mula memancing Ahli Parlimen UMNO yang menang secara halal Ketika PRU14.

Mahathir telah mencuri 12 AP UMNO yang digelar katak untuk melompat kepada parti Bersatu.

Kemudian , Mahathir telah menipu janjinya memegang jawatan hanya dua (2) tahun  sebelum menyerah jawatan itu kepada Anwar Ibrahim.

Disini juga kerosakan kecil menjadi kerosakan besar dan negara terus tidak stabil , apabila Mahathir enggan menyerah kepada Anwar dan membuat skim “Sheraton Move” untuk elak Anwar menjadi Perdana Menteri.

Sepatutnya Mahathir merujuk kepada Presidential Council PH, tapi Mahathir secara “kurang ajar” tidak menghormatinya.

Bermula la episod kongsi kuasa walaupun berlainan wadah perjuangan dan prinsip parti.

“Strange bed fellow” berkongsi bantal tetapi mimpi lain lain.

Selain itu bermula  kisah parti ‘ular lidi’ mahu menelan ‘ular Sawa’ kerana tidak sedarkan diri.

Dengan berlagak sebagai bacul pergunakan mahkamah dan agensi agensi kerajaan menekan pemimpin UMNO.

Parti sibacul yang di tolak oleh rakyat di 7 Prk dan 3 PRN yang tidak pernah cermin diri.

Tindakan Zahid Hamidi ada lah benar dan di ‘endorse” oleh ahli parti dan rakyat.

Tapi parti Bunga tidak sedar diri menggunakan pemimpin UMNO yang ada masalah untuk berlawan dengan Zahid,

Itu adalah Tindakan bacul sama seperti Mahathir juga.

Jika Wan Saiful dikenakan berpuluh kes rekaan pun sudah tentu Wan Saiful akan berbuat sesuatu.

Maka Tindakan Zahid adalah sejajar dengan keadaan.

Kini , semua pihak kalangan rakyat sudah tahu kenapa parti Bersatu begitu takut dengan kebangkitan Barisan Nasional.

Tambah lagi dengan Zahid dan Najib masih belum dipenjarakan lagi.

Bersatu berharap UMNO diterajui oleh pemimpin UMNO yang sudah dicengkam leher nya demi menutup banyak perkara yang belum terdedah.

Perbelanjaan wang RM600 bilion Ketika darurat belum dapat didedahkan.

Pulangan wang 1MDB tidak diketahui kemana perginya.

Maka atas sebab itu BERESATU dan Mahathir mahu menukar kepimpinan UMNO kepada yang sujud kepada mereka.

Maka sah lah , negara tidak stabil bukan kerana Zahid tetapi kerana BERESATU dan Tun Mahathir.

Yang pengecut bukan Zahid tetapi BERSATU , Muhyiddin dan Mahathir kerana takut PRU15 diadakan lebih awal.

Kerana itu lah negara tidak stabil

Leave a Reply