Sembilan buah sekolah terjejas banjir di Baling

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan buah sekolah di daerah Baling, Kedah terjejas akibat banjir yang melanda di kawasan itu sejak petang, semalam.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Ini termasuk membuka sekolah untuk dijadikan pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir.

“Saya akan terus mengikuti perkembangan situasi ini dan memastikan kebajikan warga pendidikan yang terkesan diberikan perhatian.

“Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan usaha membantu serta menyelamatkan penduduk terlibat dipermudahkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Selasa.

Kejadian banjir di Baling semalam berlaku berikutan hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak 2 petang sehingga menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk.

© Astro Awani

Leave a Reply