Salahkan UMNO, strategi alih isu paling ‘bangang’ oleh pembangkang

Hebahkan !!!

Oleh: Khairul Misran

Permainan menyebar fitnah dan hasutan oleh pembangkang sudah bermula.

Sejak Pakatan Rakyat bermula pada 2008 cara pembangkang berpolitik sentiasa sama iaitu mengkritik semua pekara yang kerajaan lakukan, bangkang sehabisnya dan tambahkan kata-kata kesat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula berdiri atas pentas dalam siri Ceramah Jelajah Harapan Selangor memburukkan Kerajaan Keluarga Malaysia yang ada sekarang.

Kenapa PH bangkang sehabis-habisnya? Mereka berbuat demikian untuk menutup pemikiran rakyat daripada cuba menimbulkan persoalan dalam benak pemikiran mereka untuk mencari kebenaran.

Mereka mahu tutup kegagalan mereka yang gagal lunaskan janji 100 hari selepas menang PRU14 secara terang-terangan

Mereka gagal lupuskan tol, mereka gagal mansuhkan hutan PTPTN, mereka gagal turunkan harga minyak dan mereka gagal kekalkan kestabilan dalam negara

Apabila Anwar dan rakan-rakannya mengulang-ulang isi bohong dalam ceramah ditambah dengan kata-kata kesat, rakyat bukan percaya dengan kebenaran tetapi jadi seronok dengan emosi benci dan teruja.

Mereka jadi teruja untuk kononnya memilih parti lain dan bukan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti. Mereka kini gunakan strategi biasa iaitu salahkan UMNO dan BN.

Gaya ceramah seperti sebenarnya adalah strategi paling “bangang” yang dibuat oleh Anwar semata-mata untuk alihkan perhatian rakyat daripada isu yang sebenarnya.

Tenaga PH dalam kempen atau ceramah kali ini sudah pasti akan lebih kuat kerana mereka mahu tutup kelemahan besar mereka ketika jadi kerajaan selepas PRU ke-14 dulu kerana jadi kerajaan gagal dan tidak menunaikan janji.

Mereka mahu tutup kegagalan mereka yang gagal lunaskan janji 100 hari selepas menang PRU14 secara terang-terangan. Mereka gagal lupuskan tol, mereka gagal mansuhkan hutan PTPTN, mereka gagal turunkan harga minyak dan mereka gagal kekalkan kestabilan dalam negara.

Mana hasilnya ceramah Anwar yang kata dalam masa 24 jam selepas menang, harga petrol akan diturunkan pada harga RM1.50. Sampai ke hari ini, harga itu tidak dapat dirasai oleh rakyat di bawah Anwar Ibrahim.

Dalam hati, Anwar masih mahu jadi Perdana Menteri dan beliau percaya peluang itu ada. Tapi dalam hati rakyat Anwar sudah tidak ada tempat untuk jadi Perdana Menteri sampai bila-bila pun.

Pembangkang hendak cuba alih isu sekarang ini untuk menutup kesalahan terbesar mereka pada 2018 dulu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada masa ini ketika menerajui kerajaan berusaha mengambil langkah perlu untuk membantu rakyat menanggung beban peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

Anwar yang lepas tangan bersama pemimpin pembangkang dulu tinggalkan kerajaan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad lepas jawatan, kini kata kerajaan yang ada sekarang sebagai tidak ada merit dalam mentadbir negara.

Anda sendiri yang jatuhkan kredibiliti anda.

Leave a Reply