Lelaki yang disyaki bunuh isteri dan bayi disahkan negatif dadah

Hebahkan !!!

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan suspek bunuh isteri dan bayi lelaki yang ditahan semalam, bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ia berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan suspek sejurus penahanan.

“Suspek disahkan negatif dadah dan motif kejadian itu masih lagi dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengenai dakwaan suspek mungkin kemurungan yang mendorong tindakan itu, Raub tidak mengulas lanjut.

“Nanti saya ‘update’ (maklumkan perkembangan),” katanya.

Polis menahan suspek berusia 25 tahun di kawasan Permas Jaya pada 2.45 petang semalam selepas disyaki mengelar isteri dan anak lelakinya hingga meninggal dunia di Kampung Bakar Batu.

Sejurus kejadian, suspek dikatakan melarikan diri dalam keadaan bogel dengan menunggang motosikal, hingga video dan gambarnya tersebar di media sosial.

© Harian Metro

Leave a Reply