Puad Zarkashi tibai , “ROS Alat Politik juga kah?”

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Rakyat tentu sudah jemu dengan kisah parti politik dan individual politik perguna agensi kerajaan untuk mengenakan pihak lawan.

Jika sebelum ini Pakatan Harapan dan Tun Mahathir terkenal dengan pergunakan mahkamah untuk mengenakan lawan seperti UMNO, nampaknya , kali ini Registrar of Society juga sudah jadi seperti alat politik .

Sehingga kiini permohonan UMNO masih belum diluluskan.

Umum tahu jika memberi kelulusan kepada UMNO untuk Tangguh pemilihan parti dan mengadakan pilihanraya terlebih dahulu adalah umpama memberi nyawa kepada UMNO dan membunuh parti parti seperti BERSATU dan PEJUWANG.

Parti BERSATU sangat lemah dan tiada kekuatan sendiri lalu perlu lemahkan UMNO melalui pemilihan parti untuk menukar kepimpinan UMNO kepada yag pro mereka.

Jika tidak dapat pun , sekurang kurangnya dapat memecahbelahkan UMNO pergunakan pihak yang tewas atau menang pada pemilihan UMNO.

Selain parti BERSATU, parti PEJUANG juga mahu UMNO yang lemah seperti dalam keadaan sekarang ini dimana Perdana Menteri dari UMNO perlu merujuk kepada parti Bersatu sebelum buat apa apa keputusan.

Lihat sahaja jawatan pengganti YB Zuraida pun Perdana Menteri dari UMNO perlu rujuk kepada parti Bersatu

BERSATU , PAS , dan PEJUWANG mahukan UMNO dalam acuan hari ini dimana UMNO tidak ada kekuatan dan mereka tidak mahu UMNO yang kuat yang tidak dapat dikawal.

Apakah ROS alat politik yang hanya memusuhi UMNO kerana Menterinya dari PPBM. ROS pernah keluar surat mendakwa MKT UMNO berstatus “caretaker” sahaja – Puad Zarkashi

Pada topik diatas, sindiran Dr Puad sangat difahami , kerana sehingga kini Registrar of Society masih belum luluskan permohonan UMNO lagi.

Sambil itu parti seperti MCA  dan GERAKAN sudah pun mendapat kelulusan dari ROS.

“Kalau permohonan UMNO untuk tangguh pemilihan parti dalam tempoh enam bulan selepas PRU tidak ikut perlembagaan, kenapa permohonan MCA dan Gerakan boleh lulus” – Puad Zarkashi

Maka, sangat jelas seolah olah ROS menunggu arahan dari pihak tertentu, andaian ini bertambah kuat kerana ROS dibawah Menteri dari parti BERSATU , Hamzah Zainuddn.

Ketika Pakatan Harapan memerintah dimana pemimpin BERSATU ada didalam nya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menjadi alat politik PH untuk memufliskan Najib Razak.

Kini , bidang kehakiman dan Pejabat Peguam Negara juga terlihat sebegitu , kerana kes bekas Gabenor Zeti Akhtar dan Nazlan Ghazali masih belum dibuka buka lagi.

Selain itu , kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak terlihat begitu pincang.

UMNO dan Barisan Nasional perlu dipilih kembali berkuasa untuk membuat kebersihan yang kian bertambah parah akibat kerosakan teruk institusi kerajaan dimusnahkan oleh PH dan sisa sisanya.

Ketua ketua yang menjadi kepala kepada agensi agensi ini semua perlu dipanggil untuk disoal siasat sama ada benar atau tidak mereka diarah melakukan sesuatu oleh orang politk dan bukan ikut pertimbangan sewajar mengikut peruntukan bidang kuasa mereka apabila nanti  Barisan Nasional dapat memerintah selepas PRU15 ini.

Seluruh agensi kerajaan harus dirombak dan dbersihkan.

Leave a Reply