Muhyiddin wajar senaraikan isu yang diselesaikan MPN

Hebahkan !!!

Oleh: Khairul Misran

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menyatakan apa isu yang dapat diselesaikan yang memberi kesan besar kepada pemulihan negara.

Majlis berkenaan dilihat seperti tidak mempunyai peranan yang penting dalam pemulihan negara selepas ditubuhkan sehingga dapat desakan supaya ia dibubarkan dan Muhyiddin meletakkan jawatan.

Kebanyakan pengumuman yang dibuat majlis berkenaan ialah langkah yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan yang ditadbir oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lebih awal.

Sebelum ini, MPN ditubuhkan dipercayai untuk mendapatkan langkah untuk memulihkan negara dari krisis pandemik COVID-19 tetapi jumlah penurunan kes tidak begitu banyak dan kini kes jangkitan baharu masih merekodkan empat angka.

Pada bulan Februari lepas, MPN membuat cadangan supaya kerajaan membuka sempadan negara pada 1 Mac tetapi cadangan itu sudah dibuat awal oleh Kementerian Kesihatan melalui langkah pembukaan semula negara secara berhati-hati.

Jika Muhyiddin senaraikan isu dan perkara yang sudah diselesaikan mungkin rakyat dapat lihat dan memahami keperluan untuk MPN dikekalkan kewujudannya atau sebaliknya.

Bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mahu MPN dibubarkan kerana sudah gagal.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi menyifatkan MPN sudah gagal berfungsi.

Katanya, MPN ibarat sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan semata-mata untuk sedapkan hati rakyat dalam usaha memulihkan ekonomi negara yang tenat.

Ada juga yang kata MPN ialah pentas untuk Presiden Bersatu itu menaikkan namanya sendiri dan partinya bukan untuk bersuara bagi pihak rakyat dan kepentingan negara.

Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mahu MPN dibubarkan kerana negara sudah pun masuk ke fasa peralihan endemik sebelum ini, dan tugas memulihkan negara lebih baik diamanahkan kepada kerajaan yang sudah boleh berfungsi sepenuhnya.

Leave a Reply