Lima negara akan bermesyuarat tentang masalah jerebu rentas sempadan

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Ke-23 Technical Working Group (TWG) dan Sub-Regional Ministerial Steering Commitee (MSC) berkaitan Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan pada 4 dan 5 Julai 2022 secara dalam talian.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mesyuarat itu melibatkan menteri-menteri Alam Sekitar dari lima negara di selatan rantau ASEAN.

Antaranya, Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand bagi membincangkan strategi pencegahan dan mitigasi pencemaran jerebu merentas sempadan.

“Saya akan mempengerusikan mesyuarat ini dan delegasi Malaysia akan diketuai oleh Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air.

“Turut bersama para Pegawai Kanan KASA, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi, Jabatan Peguam Negara dan lain-lain jabatan agensi berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

© Astro Awani

Leave a Reply