Adam berjalan kaki selama 10 bulan 26 hari tunaikan haji dari Wolverhampton

Hebahkan !!!

Setelah selama 11 bulan atau lebih tepat 10 bulan 26 hari berjalan kaki dari Wolverhampton, Britain, seorang lelaki berusia 52 tahun akhirnya selamat tiba di Makkah, Arab Saudi untuk mengerjakan haji.

Menerusi video TikTok yang dikongsikan Adam Muhammad, dia dilihat menangis kegembiraan apabila tiba di bumi Makkah sambil menolak troli yang dibawanya dari UK.

Menurut Gulf Today, Adam telah merentasi 9 negara iaitu Belanda, Jerman, Republik Czech, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum tiba di Makkah untuk mengerjakan haji bagi tahun ini.

Ketibaannya di Makkah telah disambut orang ramai yang berkumpul di Masjid e Aisha.

Dalam pada itu, setibanya di Makkah, Adam telah mengucapkan rasa berterima kasihnya kepada rakyat Arab Saudi yang telah bermurah hati dalam membantunya di sana.

“Haji adalah impian tertinggi dan paling saya sayangi,” katanya.

Sepanjang perjalanan 6,500 km ke Makkah, Adam juga dilihat telah menolak troli yang mengandungi barang keperluan dan telah menjadi tempat untuknya berteduh.

Menurut Adam, dia juga sebelum ini pernah memberitahu media yang keputusannya untuk berjalan ke Makkah dibuat dalam keadaan tiba-tiba dan tak sangka dia dapat melakukannya.

@kk.8486 Mashallah #☝️ #fyp #uktomeccabyfoot #foryou #2022 ♬ original sound – To go Mecca by foot

Videonya tiba Makkah dalam keadaan terharu itu telah mendapat lebih 130,000 likes dan ribuan komen yang mana rata-rata sangat gembira melihat kejayaan kembara penuh cabaran lelaki itu demi untuk mengerjakan haji.

Leave a Reply