Tajuddin berubah sikap sejak berada dalam ‘radar’ SPRM?

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Ramai juga mula sedar kenapa perubahan mendadak terjadi  terhadap sikap Tajuddin Abdul Rahman (Datuk Seri).

Boleh dikatakan perubahan pusingan secara 360 darjah.

Sebelum ini, Tajuddin dianggap hero dan pahlawan UMNO dari Pasir Salak.

Setiap musuh dan penentang Presiden atau parti akan di seligi dan disergah nya.

Lihat sahaja satu contoh dari banyak contoh yang pihak kami ada seperti dibawah ini :-

Namun sebaik sahaja dilawati oleh rombongan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia , terus Tajuddin bertukar sikap dan pendirian.

Menggunakan agensi kerajaan dan mahkamah untuk sergah musuh politik selalu nya permainan dan ‘signature’ Mahathir seperti yang disebut oleh Tommy Thomas , bekas Peguam Negara yang sangat lama berada didalam ‘fraternity’ guaman dan penghakiman.

Maka tidak menghairankan ada Dua belas (12 ) ahli Parlimen UMNO melompat kepada Parti Bersatu Ketika Mahathir jadi Perdana Menteri melalui kerja ‘hijack’ Ketika menjadi Perdana Menteri dari parti minoriti.

Pada kes mahkamahnya, ahli parlimen Muar, Syed SaddiQ juga mendakwa dia diberi pesan supaya menyokong Muhyiddin Yassin supaya kes nya boleh diselesaikan.

Ini jelas menunjuk kan bahawa , permainan sebegini untuk menekan orang yang enggan akur kepada kehendak Mahathir melalui proksi nya Muhyiddin masih berterusan dan kini mangsa seterusnya ada lah Tajuddin Rahman.

Presiden UMNO juga ditekan atas cara sama tetapi Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi “stood his ground” dan enggan akur, natijahnya dikenakan bepuluh kes yang direka, sambil tidak mendakwa yang lain.

Tajuddn pula dalam sidang media nya telah tersilap cakap apabila semua yang disentuh nya adalah dari “Team A”, tampa mengusik “Team B”.

Bermakna sidang media Tajuddin ada lah ‘ochestrated’ dan diatur untuk tujuan tertentu atau ringkas nya ‘memuaskan hati’ pemegang tengkuk nya.

Sambil itu tersebar pula poster wajah wajah “Team B”.

Walau dikatakan ia kerja “black ops” pihak tertentu , namun fakta nya sangat bertepatan pula dengan apa yang terjadi.

Maka, sama ada andaian Tajuddin Rahman bertukar sikap selepas dilawati SPRM itu benar atau tidak, namun itu lah yang sangat jelas kelihatan.

Leave a Reply