Semakin lambat PRU , semakin tipis peluang UMNO kata Penganalisis

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Dalam keadaan UMNO cuba digaduhkan dan dipecahkan oleh pihak luar melalui badut badut dari kalangan pemimpin UMNO yang bermasalah, hanya  mengadakan PRU15 segera sahaja mampu menangkan UMNO.

“Strike while the iron is hot” ada lah tindakan yang sepatut nya diambil oleh UMNO.

Begitu lah pendapat Dr Awang Azman Pawi seorang penganalisis politik.

“Semakin dilengahkan PRU15, semakin tipis peluang untuk menang, rakyat kini terhimpit dengan penarikan semula subsidi dan kenaikan kos sara hidup -Awang Azman Pawi

Rakyat masih bersimpati dan masih mahu UMNO memerintah semenjak dosa dosa tidak terampun yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Tun Mahathir dan kemudian disambung oleh proksinya Muhyiddin Yassin masih belum dilupakan.

Pemerintahan “mimpi ngeri” selama dua puluh dua bulan dimana Pegawai dan anggota Polis pun tidak selamat kerana kerajaan dikuasai oleh pemimpin dari parti yang tiada pengalaman memerintah negara.

Selain dari kenyataan diatas, tindak tanduk kerajaan pimpinan Tun Mahathir dan sambungan nya juga telah melakukan banyak -penyelewengan dan kesalahan yang belum didakwa.

Antara kejelekan Tindakan kerajaan 22 bulan ada lah menjual banyak aset negara dan menambah hutang baru mencecah 1 trillion dari RM686 Bilion.

Itu fakta.

Dalam pada itu , setelah menipu dan berbohong berkenaan manifesto , kerajaan gentian Pakatan Harapan Nasional telah menghina pengundi dan penyokong nya dengan penghinaan demi penghinaan.

Antaranya rakyat jangan mengharap bantuan percuma dari kerajaan dan jangan iri hati kepada orang kaya.

Selain itu rakyat mesti ikat perut sambil kerajaan berbelanja mewah dan mampu memperbaiki kapal mewah Jho Low berjuta juta ringgit.

Pada masa yang sama anggota tentera diperlekehkan dibawah batang hidung Tun Mahathir dan Mat Sabu.

“Semakin dilengahkan PRU15, semakin tipis peluang untuk menang,” katanya kepada FMT. Jelasnya, rakyat kini terhimpit dengan penarikan semula subsidi dan kenaikan kos sara hidup” -Awang Azman Pawi

Agak benar juga kenyataan Dr Awang Azman kerana reaksi takut kepada PRU segera terdapat dari kalangan bukan UMNO dan juga dari kalangan pemimpin UMNO “Kluster Bersatu”.

Sepatutnya jika PRU segera boleh menangkan parti , mereka akan bersungguh sungguh mahu diadakan segera, namun sebalik nya pula yang terjadi, mereka pula bermain rentak musuh UMNO.

Sama ada mereka sudah diugut atau sudah disogok , itu tafsiran untuk ahli UMNO renungkan.

Bagi penganalisis Jenir Amir pula , UMNO masih bereluang menang besar jika beberapa langkah diambil.

 

Dalam pada kenyataan para penganalisis ini, peluang UMNO/BN sangat cerah pada kemenangan PRK lalu dan PRN di Melaka dan Johor.

Namun, peluang semakin tipis semenjak banyak perkara dan Tindakan tidak popular dikaitkan dengan pemimpin dari UMNO menerajui kerajaan.

Keadaan ekonomi semakin parah  dan kenaikan kos barangan keperluan juga akan terpalit kepada UMNO jika kemimpinan tidak ikut nasihat yang betul dan masih ego dan degil ikut cara kerajaan gagal yang masih berada didalam kerajaan hari ini.

Mereka gagal urus kerajaan Ketika memerintah dua puluh dua bulan , apakah mereka akan berjaya jika menjadi Menteri dalam kerajaan kongsian pimpinan Perdana Menteri UMNO?

Mahukah mereka menjaga imej Perdana Menteri UMNO yang bukan dari parti mereka? , sambil mengasah pisau untuk sembelih parti Perdana Menteri itu pada PRU15 yang akan datang?

Ini semua mengelirukan rakyat dan negara tiada kestabilan dengan ugutan kejap menyokong kejap tidak menyokong.

Rakyat berada dibawah ihsan ahli Parlimen yang tidak beretika dan ini tidak boleh berterusan.

 

 

Leave a Reply