Seorang lelaki tersilap dibayar gaji sebanyak 286 kali ganda

Hebahkan !!!

Seorang lelaki di Chile yang secara tidak sengaja dibayar 286 kali gaji bulan lalu bukan sahaja segera meletak jawatan daripada syarikat tempatnya bekerja, malah terus menghilangkan diri selepas berjanji untuk memulangkan wang yang dibayar secara berlebihan.

Portal Oddity Central melaporkan seseorang di Jabatan Sumber Manusia di syarikat pengeluar ubat terbesar di Chile, Consorcio Industrial de Alimentos (Cial), pastinya sedang panik berikutan kesilapan itu.

Secara tidak sengaja, jabatan itu membayar seorang pekerja 165,398,851 peso Chile (kira-kira RM790,364) bulan lalu, bukannya 500,000 peso (kira-kira RM2,389) yang pekerja itu berhak dapat sebulan dan ironinya orang itu nampaknya tidak mahu mengembalikan wang berkenaan.

Pekerja berkenaan sudah pun meletak jawatan dan hilang tanpa dapat dikesan, menyebabkan syarikat itu tiada pilihan lain selain menggunakan tindakan undang-undang dan cuba memulihkan kerugian.

Menurut akhbar Chile Diario Financiero, pada 30 Mei, seorang pembantu pejabat di Cial menghubungi timbalan pengurus untuk melaporkan kesilapan dalam pembayaran gaji bulanan.

Selepas menyemak akaun, disedari bahawa pembayaran gaji membabitkan berjuta-juta peso secara berlebihan yang memerlukan penjelasan isu itu.

Berdasarkan semakan rekod, pengurusan Cial mengesahkan bahawa individu berkenaan memang sudah dibayar kira-kira 286 kali gaji bulanan secara tidak sengaja, dan dia sudah memaklumkan bahawa perlu memulangkan wang yang sudah dibayar secara berlebihan itu.

Leave a Reply