Mohamaddin Ketapi umum keluar parti Bersatu

Hebahkan !!!

Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi, hari ini mengumumkan keluar daripada BERSATU, kira-kira tujuh bulan menyertai parti itu pada November tahun lalu.

Susulan tindakan itu, Mohamaddin yang juga bekas Menteri Pelancongan, dalam kenyataannya, mengumumkan beliau kini menjadi Ahli Parlimen Bebas tetapi dengan pendirian menyokong Kerajaan Persekutuan dan Sabah pada masa ini

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Sabah, menang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 atas tiket WARISAN, bertindak keluar daripada parti itu pada 30 Oktober lalu dan menyertai BERSATU sebulan kemudian.

Leave a Reply