Amber Heard makin miskin? Dilihat membeli-belah baju murah

Hebahkan !!!

Nampaknya pelakon Amber Heard mula terkesan dengan jumlah pampasan yang terpaksa dibayar kepada bekas suaminya, Johnny Depp.

Selepas diarahkan untuk membayar AS$8.4 juta (RM37 juta) kepada bintang filem “Pirates of the Caribbean” itu, Amber dilihat sedang berbelanja di TJ Maxx iaitu pusat beli-belah harga murah di Hamptons, baru-baru ini.

Menerusi laporan New York Post, sumber kepada portal berkenaan memberitahu yang pelakon berusia 36 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan ‘sengkek’ kerana jumlah wang yang terpaksa dikeluarkan untuk membayar pampasan kepada bekas suaminya.

Menerusi gambar-gambar yang dirakam orang awam, Amber dilihat sedang membelek beberapa pakaian yang dipamerkan di pusat beli-belah berkenaan.

Ketika itu, Amber yang mengenakan baju putih dan celana jean ditemani oleh adiknya, Whitney Henriquez.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan barangan apakah yang dibeli oleh Amber ketika berada di pusat beli-belah itu.
Menerusi beberapa sumber lain, Amber kini bergantung pada polisi insurans pemilik rumahnya untuk menampung kos peguamnya.

Kekayaan bersih Amber dianggarkan berjumlah antara AS$1.5 (RM6.6 juta) hingga AS$2.5 juta (RM11 juta).

Leave a Reply