Kedaulatan Pulau Batu Puteh tidak bermakna pada Mahathir

Hebahkan !!!

Isu kedaulatan yang hilang ke atas satu-satu cebis tanah milik Malaysia nampaknya bukan satu perkara yang besar bagi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malahan, kehilangan seperti itu hanya perkara remeh bagi beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Langkawi.

Merujuk kepada kehilangan hak milik Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh bukanlah satu perkara besar dan Mahathir menyalahkan Kerajaan Negeri Johor yang menafikan pemilikan ke atas pulau berkenaan.

Malaysia terlepas peluang untuk mendapatkan semula pulau berkenaan selepas Mahathir membuat keputusan menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2018.

Ia dibuat beberapa hari sebelum kes itu dijadualkan dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pad 11 Jun 2018.

“Pulau itu sudah hilang untuk selama-lamanya, terima kasih kepada Tun Mahathir. Dia yang buat keputusan untuk menarik balik kes beberapa hari sebelum tarikh bicara di Mahkamah Antarabangsa (ICJ).

“Masa itu saya diarah bercuti sebagai Peguam Negara,” demikian kata begas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Apabila ICJ memutuskan pada 2008 bahawa Pulau Batu Puteh menjadi hak negara itu ia juga membabitkan perairan pulau itu.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Pulau Batu Puteh manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia selain memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Malaysia memfailkan permohonan semakan pada 2 Februari 2017 dan pada 30 Jun tahun sama, memohon supaya mahkamah mentafsirkan penghakimannya berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei 2008.

Permohonan semakan itu difailkan berdasarkan penemuan baharu Malaysia melalui tiga dokumen penting, menunjukkan bahawa pegawai tertinggi Singapura, tidak pernah menganggap ia memperoleh kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh daripada Johor.

Dua daripada dokumen itu yang hanya boleh diakses kepada awam selepas ICJ memberikan penghakimannya, juga menunjukkan pegawai Tentera Laut British mengakui perairan di pulau terbabit adalah milik Johor.

Leave a Reply