Agak nya jika jual bangunan KLCC mungkin perkara kecil bagi Mahathir.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Demi mahu menegakkan perbuatan salah menyerah Pulau Batu Puteh secara Tindakan sendirian oleh Tun Mahathir, maka pelbagai ‘spin’ dan sindiran diguna oleh nya demi melayan ego dan perasan sentiasa betul.

Dibantu pula oleh penyokong tegar yang berjaya di pedaya mengalih perhatian kepada orang lain dan bukan dirinya sendiri, maka Mahathir bertambah riak dan bongkak.

Sementara itu, isu bekas orang suruhan nya Tan Sri Zeti Akhtar dan Hakim Parachute @ National Embarrassment Nazlan Mohd Ghazali sedang dalam tumpuan rakyat , kerana menerima rasuah, maka Mahathir perlu lakukan sesuatu demi mengalihkan tumpuan.

Zeti akan sentiasa terbabit apabila wang negara teralih kepada kepentingan Mahathir.

Jika dahulu , Ketika wang Forex sejumlah RM30 bilion lesap dan hangus , Zeti ada lah Gabenor, kemudian apabila wang TIA juga beralih keluar dan Zeti meluluskan Bon dengan ‘overnight approval” Zeti juga terbabit.

Terkini , wang rakyat di PNB di gunakan membeli saham Sapura Energy untuk kemudian anak Tun Mahathir mencampak  kan saham nya Ketika harga masih berbaloi, Zeti juga terbabit.

Selain Zeti , Tan Sri Nor Yakob juga terbabit pada tiap kali ada Mahathir.

Hatta, apabila kes Zeti tersangat liat untuk dibuka, walaupun siasatan telah lengkap., semua jari menuding kepada Mahathir.

Berbalik kepada isu diatas , sejak kebelakangan ini , Mahathir sangat aktif memberi kenyataan demi kenyataan di media.

Sebaik sahaja media dikuasa kroni nya melaporkan , media lain juga pick-up kenyataan nya.

Mahathir kupas berkenaan wang didakwa diambil oleh Muhyiddin dalam kes UKSB dan berkata Parti Bersatu tidak menerima pun wang itu.

Mahathir juga kupas berkenaan betapa perlu bawa pelabur masuk kedalam negara.

Kemudian Mahathir beri kenyataan menyindir berkenaan kehilangan Pulau Batu Puteh.

Kemudian apabila Sultan Johor menyatakan ketidakpuasan hati terhadap layan kerajaan pusat kepada negeri Johor , Mahathir juga ‘enter frame” memberi respon bahawa memberi kenyatan mahu keluar negeri dari Malaysia ada lah satu kesalahan.

Pendek kata , Mahathir akan beri kenyataan apa sahaja asalkan dia boleh alih tumpuan.

Ketika Majlis Peguam melindung hakim perlantikan Mahathir Nazlan Ghazali yang menerima rasuah , Mahathir juga berdiam diri, walaupun dikira sebagai ‘event’ besar babit perlembagaan dan konon nya isu “separation of power” rekaan Majlis peguam dan Pakatan Harapan yang bersekongkol dengan nya.

Kini , sindiran Mahathir ada lah berkenaan Pulau Batu Puteh.

Selain memberi sindiran Malaysia juga wajar tuntut kepualaun Riau juga , Mahathir anggap isu Pulau batu Puteh sebagai isu remeh.

Sedangkan ia menjadi kes RCI terhadap nya.

Wasangka pihak tertentu berkenaan Tindakan tergesa gesa Mahathir menyerahkan pulau dikaitkan dengan pendedahan Singapura terhadap nama nama kroni nya banyak membuka akaun sulit di Singapura.

Maka , ada pihak membuat andaian, Mahathir berkompromi dengan pihak jiran menyerahkan Pulau Ketika masih boleh tanding di mahkamah dunia jika ada penemuan bukti baru semata mata untuk ‘kawtim’ pihak jiran agar tidak mendedah banyak lagi perkara yang mereka tahu tentang Mahathir selain dedahkan Zeti dan Nor Yakob yang sudah tersebar.

Walaupun ini masih di taraf andaian sahaja, namun perlu disiasat.

Berkenaan kenyataan sindiran Mahathir tentang Pulau Batu Puteh semata mata kerana pergeseran nya dengan negeri Johor , tidak menyenangkan banyak pihak , seolah olah Mahathir tidak bertanggung jawap.

 

Indonesia terpaksa memberi respon kepada kenyatan Mahathir berkenaan kepulauan Riau dengan menyatakan Malaysia tiada asas menuntut nya.

Tidak semena mena merosak kan hubungan dengan jiran.

Mahathir akan cakap apa sahaja, beri kenyataan apa sahaja asalkan dapat curi tumpuan dan alih perhtian.

Bicang apa sahaja bual apa sahaja , asal jangan tanya Mahathir kenapa tidak desak Peguam Negara segera dakwa Zeti , Nazlan dan Sri Ram.

Ketika Mahathir jadi pemimpin kerajaan 22 bulan , Mahathir jual banyak aset negara atas nama  dan ‘sebab 1MDB dan Najib”.

Tapi, hutang negara tidak susut begtu juga hutang 1MDB.

Cuma yang pelik nya , Ketika ghairah menjual segala harta rakyat, bangunan rakyat , Mahathir tidak terlintas pula mahu menjual bangunan KLCC dan bangunan Yayasan Kepimpinan.

Apa perasaan Mahathir jika Perdana Menteri lain menjual dua bangunan ini demi hendak top up RM600 bilion yang kerajaan 22 bulan dan kerajaan 17 bulan sudah gunakan?

 

Leave a Reply