Filem Syahmi Sazli ’35mm’ raih kutipan RM300,000 kutipan hari pertama

Hebahkan !!!

Filem fantasi komedi “35mm” berjaya meraih kutipan sebanyak RM300,000, menjadikan naskhah arahan Syahmi Sazli itu sebagai naskhah pembukaan hari pertama paling tinggi untuk tahun 2022.

Hal tersebut diumumkan menerusi akaun Instagram Astro Shaw sebentar tadi.

“35mm” mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik.

Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.

Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri.

Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.

©Astro Awani

Leave a Reply