Banyak parti hilang kelayakan bercakap tentang Kleptokrat dan Kluster mahkamah.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Apa yang cuba dijadikan isu oleh Pakatan Harapan , parti MUDA, parti PEJUANG dan PPBM pada PRU15, UMNO ada lah parti kleptokrat dan kluster mahkamah.

Dengan bermain naratif ini , maka parti2 yang tersebut diatas berharap rakyat akan menolak UMNO dan sekaligus menolak Barisan Nasional.

Namun ,apa yang terjadi dalam perkembangan terbaru muncul nya nama nama seperti Muhyiddin Yassin , Shafie Apdal , Syed Saddiq dalam isu rasuah.

 

Lim Guan Eng pula Ketika ini sedang turun naik mahkamah menjawap kes rasuah terowong nya.

Sambil itu Tun Mahathir masih ada kes laporan RCI Forex yang di cop “No further action” oleh kerajaan yang dia sendiri pimpin.

Mahathir juga sedang disiasat berkenaan penyerahan pulau Batu Puteh secara ‘misteri” kepada Singapura.

Maka dengan kekotoran ini semua  telah gugur nya hak mereka mereka ini semua , untuk menggelar pemimpin UMNO dan parti UMNO kleptokrat atau kluster mahkamah.

Bah kan, boleh di gelar orang seperti Muhyiddin ada lah kluster bakal ke mahkamah.

Selama ini cengkaman belakang tabir sahaja yang menyelamatkan orang seperti Muhyiddin Yassin dari diseret ke mahkamah.

Atas sebab sama lah Muhyiddin antara ahli politik paling aktif cuba menghalang UMNO dari naik berkuasa semula.

Ini kerana dia tahu risiko dia sendiri akan didakwa dengan pelbagai kes bukan yang direka , tetapi kes benar yang belum didedahkan kerana halangan kuasa.

Sambil itu Syed Saddiq telah pun menjadi kluster mahkamah dan sedang berdebat dengan hakim dalam mahkamah.

Bagi Tun Mahathir pula, reaksi dan respon nya terhadap kes Zeti Akhtar Aziz dan Nazlan sedikit sebanyak boleh dilihat betapa diri nya ada terbabit.

Sehingga kini , Peguam Negara masih tangguh buka kes Zeti dan Nazlan , ini juga membuat rakyat berandaian Peguam Negara ada terima tekanan dari pihak tertentu.

Tidak perlu disebut nama , tapi ia tidak memerlukan sanitis roket untuk meneka.

Tambah lagi dengan pembabitan pendakwaraya Gopal Sri Ram juga pernah mendapat bayaran dari 1MDB sebagai fees tetapi tiada Tindakan menyiasat atau mendakwa Sri Ram seperti mana dikenakan terhadap Tan Sri Shafie.

Kerana jika Zeti dan Nazlan didakwa dan perlu selamatkan batang leher maka mereka pasti ‘spill the been’ untuk selamatkan diri, pasti kedua dua mereka akan petik nama tertentu.

Ini trend biasa dalam  sesi soal jawap dalam mahkamah.

Lihat sahaja David Tan memetik nama Muhyiddin dalam kes Zahid Hamidi dan Syed Saddiq juga petik nama Muhyiddin dalam kes pecah amanah nya.

Apa pun isu utama dalam topik kita ada lah naratif dan terma UMNO dan BN parti “kleptokrat” dan “kluster mahkamah” sudah tidak lagi releven pada pru15 kerana hampir semua pemimpin yang mahu menyebut nya sudah terkait nama dengan perihal dalam mahkamah dan ada isu penyelewengan.

Cuma beza nya ada antara mereka sengaja tidak didakwa dimana secara teknikal  mereka sepatut sudah berada didalam mahkamah dan bergelar “kluster mahkamah”.

Kini , jika mereka mereka ini masih mahu memanggil UMNO parti rasuah , kleptokrat dan kluster mahkamah, ia umpama ayam jantan yang berkokok kesana kemari tetapi punggung gelumang dengan najis.

Itu lah perumpamaan yang sesuai.

Leave a Reply